Tuesday, September 2, 2014

Hadiah Hari Lahir Paling Berharga...

It's my 34th birthday!

Alhamdulillah...

Pagi-pagi lagi anak-anak saya yang comel lagi manja, Aien dan Anieq serta suami tercinta yang hensem dan macho, En Billy menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi Ummi" versi Malaysia dan Indonesia. Versi Malaysia yang "Selamat Hari Jadi" ulang sampai 4x tu.. versi Indon yang "Panjang umurnya serta mulia.." ulang 3x tu.. ala.. macam Susanti nyanyi dalam kartun Upin Ipin ;)

Ummi dia yang tengah pegang sudip nak masak mihun goreng untuk sarapan tersenyum-senyum sambil menyanyi sama. Hahaha seronok tau menyayi dengan anak-anak ni. Cuba korang try buat. Hilang segala marah dan penat. Buatlah kalau tak percaya :)  Lepas nyanyi dapat hadiah ciuman kasih sayang daripada insan-insan istimewa dalam hidup saya...Terima kasih buahatikusayang.. :)
 
Terima kasih juga kat kak Niza geng Shaklee saya.. buatkan kek ni khas untk saya ;)
 
 
 
 
Dah tengahari sikit Memey aka kakak sepupu sulung belah En Billy whatsapp gambar ni pulak. Besar betul kek saya kan ;) Paling tak tahan pinggan berisi kambing akikah anak-anak sedara hari Ahad lepas bertukar menjadi kek! Hehe.. terbaikkk!  
 
 
 
 
Baik betul kawan-kawan saya. Ramai yang whatsapp dan post kat FB ucapkan selamat dan doakan yg baik-baik untuk saya.. ni setakat petang tadi 


 
 
Dan hadiah yang paling berharga sekali ialah ini....
 
 
 
 
Jom tengok dekat-dekat :)
 

Dia masih kabur sebab baru sangat lagi :)

Semua happy sebab bakal dapat adik. Anieq yang baru 2 tahun 9 bulan pun macam dah faham je yang dia nak jadi abang :)
 
Inilah hadiah hari lahir ke-34 yang paling berharga buat saya. Projek US kami telah berjaya dengan perkenan Allah Yang Maha Pemurah dan tak kedekut nak bagi rezeki anak lagi kepada kami ;) Syukur Alhamdulillah... Semoga kami semua sihat dan selamat di bawah lindungan-Nya di dunia dan akhirat.
 
Ada yang kata kami 'subur' , nak aje terus lekat! Syukur juga sebab amalan pemakanan yang baik memungkinkan semua ini berlaku. Nanti saya sharekan apa yang kami makan hari-hari. Selain makanan harian, suplemen juga sangat penting. Semestinya yang terbaik dari Shaklee :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)

Pm FB: Jannatul Fadilah
Call / sms / whatsapp 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...