Saturday, September 20, 2014

Update Blog Live dari Tasik Cempaka Bangi :)

Ok. Tengok tajuk pun senang nak faham. Jadi saya straight to the point je ye ;)

Sebenarnya tengahari tadi kami sekeluarga sepatutnya dalam plan nak ke Master Celebration Nana kat Marriott Putrajaya, sebab nak tahu rahsia dia naik Master cepat pada usia muda 20-an.. alamak tak sure pulak berapa umur Nana. Sorry ye Nana ;)  Dah lama plan ni dari kat US lagi sebab Nana ada jemput datang. Sambil-sambil tu saya nak cod kat Petronas UNITEN, kat Bangi dan balik tu nak singgah Sg Chua pulak. 

Tengah bersiap-siap Anieq pulak batuk-batuk sampai muntahkan kahak.. tengok macam kesian pulak dia jadi kami batalkan rancangan awal tu..takde rezeki kami nak tengok Nana bersanding kat pentas Shaklee.. tapi cod Shaklee kat Petronas UNITEN tetap diteruskan sebab dah janji dengan customer. Customer ni pulak Mis, member Sekolah Menengah Teknik KL dulu. Dah 17 tahun tak jumpa u! Mis sama je mcm dulu. Muka tak berubah, badan pun nampak masih kurus macam dulu.. agaknya sebab ko makan Shaklee kot Mis :p 

Dalam perjalanan cod barang ni Anieq dengan Aien memang dah tertidur sebab ngantuk bangun tahajjud sama pagi tadi agaknya so ummi dengan babah dia plan pergi solat zuhur dulu. Lepas solat kami lunch dan terpaksa kejutkan anak2 sekali karang lapar la pulak diorang hehe..

Nak cod kat Sg Chua dalam pukul 4.30pm. Masa lama lagi so babah cadangkan kami berdating 4 beranak kat tempat dating pertama kami dulu... dah alang-alang kat Bangi ;)

Sinilah tempat dating pertama kami. Tasik Cempaka Bangi :) 

Selfie sementara anak-anak bermain ;)

Punye lama kami tak datang mengimbau kenangan lalu.. cewahhh! Yelah, daripada kosong takde apa tahun 2003 dulu, sekarang dah ada taman permainan lagi. Sepadan la dengan keadaan kami yang dah ada 2 anak nak masuk 3 ni hehe.. Syok betul budak-budak ni main.
 

 
 
Aien dengan Anieq memang 'hantu' gelongsor. Tak sangka pulak kat sini besar taman permainan dia. Sempat ummi dengan babah dating berdua sambil memerhati diorang dari jauh ;)
 

Orang main gelongsor dari atas, diorang ni suka sangat naik dari bawah. Kreatif lebih!

Anak-anak harta kami dunia akhirat. Puas la bermain berlari semua.. Anieq tak padan dengan tak berapa sihat tercungap-cungap pun still cergas bertenaga! Anak Shaklee la katanya ;)




Tengok cuaca macam dah nak hujan. Angin kencang.. awan dah mendung gelap. Aien pulak ajak cari toilet nak buang air kecil. Kami dah round separuh taman tak jumpa toilet yang boleh diguna. Maka keputusan diambil untuk balik. Sebelum Aien 'terkench' dalam seluar kan hehe... Kebetulan pulak Makcik Zaimah whatsapp kata dah ada kat rumah Sg Chua. So, kami pun habiskan santai harini dengan cod ke sana sambil dalam perjalanan ditemani hujan lebat... hujan yang pastinya membawa rezeki dan seribu rahmat... :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)

Pm FB: Jannatul Fadilah
Call / sms / whatsapp 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...