Thursday, October 30, 2014

Bila Janin 6 Minggu Gugur...

Inilah rupanya janin berusia 6 minggu...



23 Sept, 2014 (Selasa) - 5 pagi

Saya tengah asyik meng update kerja-kerja bisnes. Terasa tiba-tiba macam period keluar. Rasa tak sedap hati, terus tengok panty.. sah! Ada kesan 2-3 titis darah segar di situ. Azan subuh, saya tetap solat macam biasa sebab bagi saya, itu hanyalah darah gangguan semasa kehamilan macam masa saya mengandungkan Anieq Sufi dulu.

Dalam hati masih takut-takut kalau darah makin banyak. Tapi syukurlah tak ada setitis pun yang keluar lagi lepas tu. Sampai malam, ada sikit-sikit stain je kat panty liner. Bukan fresh blood. Lega juga tapi suarakan hasrat kat En Billy untuk pergi check kat Hospital esoknya... Kes bleeding masa hamil ni bukan boleh dibuat main-main ye!

24 Sept, 2014 (Rabu) - 8 pagi

Sampai Hospital Kajang, saya dirujuk ke Klinik Pakar O&G. Saya diperiksa di bilik PAC. Prosedur pelik bagi saya bila doktor kata nak check pangkal rahim dan kawasan-kawasan sekitarnya  sebab nak tengok pendarahan dari mana dan apa punca pendarahan. Lepas check, Alhamdulillah.. takde bleeding. Rahim saya dan kawasan yang diperiksa juga sihat dan cantik. Bagi saya ia pelik sebab saya cadangkan kat doktor untuk terus scan je tak perlu seluk-seluk. Pengalaman masa mengandungkan Anieq dulu, Prof Hatta (Pusat Pakar UKM) tak seluk-seluk.. dia terus scan nak tengok keadaan janin kat dalam.

Lepas proses seluk menyeluk dan semuanya disahkan ok, baru saya discan. Keadaan rahim saya yang tebal dan kebelakang sikit memang sukar nak nampak kalau scan dari atas perut. Maka saya cadangkan kat doktor untuk scan dari bawah je. Kat PAC tu takde scanner untuk scan bawah. Jadi saya diarahkan pergi ke Klinik Pakar pulak. Kat situ baru saya lega sebab scan dan nampak janin 6 minggu itu bersama denyut jantungnya..... :)




Balik terus saya update status kat FB. Sebab happy kan.. barulah yakin nak kongsi dengan kawan-kawan semua :) Banyak komen yang baik-baik je daripada kawan-kawan FB saya yang sememangnya baik hati. Masing-masing tumpang gembira bila dengar berita saya pregnant lagi! :)




24 Sept, 2014 (Rabu) - 4 petang

Saya baring dengan Anieq sambil tepuk-tepuk dia tidur. Keadaan saya masa tu tak tenang sangat sebab terasa macam ada nak bleeding lagi. Bila saya bangun je terasa ketul-ketul darah keluar.. macam period yang heavy hari pertama - kedua. So terus pergi toilet tengok. Betul, darah berketul-ketul yang keluar tapi tak banyak. Ada 2-3 ketul juga tapi kecik-kecik. Saya dah rasa tak best. Sebab tadi bleeding sikit je dan scan siap nampak heartbeat 'dia'.. sekarang jadi lain pulak... perasaan saya dah gundah gulana... dalam hati mohon doa Allah panjangkan hayat 'dia' dalam rahim saya...


24 Sept, 2014 (Rabu) - 10.30 malam

Saya nak siap-siap tidur tapi masa buang air kecil tetap ada bleeding dan kali ni lagi hebat! Siap keluar dengan sarung-sarung putih dia... saya betul-betul sedih dalam toilet sorang-sorang dan rasa memang dah tak ada rezeki baby kali ni... keluar toilet saya bagitau En Billy, kena pergi balik Hospital sebab makin banyak bleeding ketul-ketul. Kami berusaha mengambil semua ketul-ketul darah dan sarung dari dalam mangkuk tandas.. boleh tunjukkan kat doktor esok.





25 Sept, 2014 (Khamis) - 8 pagi (1 Zulhijjah)

Di Hospital Kajang untuk hari kedua. Prosedur yang sama, cuma kalini saya kena tunggu lama sikit sebab mungkin tak ramai staf di klinik. So saya dibawa balik ke bilik PAC untuk check pintu rahim saya. Memang staf kat sini takkan scan dulu. Itu kesimpulan yang saya boleh buat. Saya tunjukkan bekas kaca berisi ketul-ketul darah dan saya anggap sarung tu. Mereka pun tak yakin itu adalah janin saya yang gugur.

Ada 2 orang doktor muda yang merawat saya. Bila salah seorang bukak je muncung itik tu terasa lah keluar cecair hangat dan saya dengar doktor muda ni bercakap-cakap sesame mereka... 

"Ya Allah.. Nampak dah PLC"

PLC = janin mengikut fahaman saya yang dijelaskan oleh doktor-doktor ni. Tarik perlahan-lahan..dan akhirnya berjaya dikeluarkan! Semudah itu saya diuji. Tak merasa sakit perut guling-guling macam orang keguguran yg lain..tak ada. Cuma sakit macam senggugut ringan biasa masa period sebab saya sendiri tak senggugut pun.. Mudah sangat!

Aku redha dengan ketentuan-Mu Ya Allah..

Kami bawak balik PLC kami.. walaupun separuh pihak hospital nak juga ambil buat ujikaji. Nak kaji macam mana saya boleh keguguran... Saya kata, tak perlulah doktor. Saya tahu saya lasak sebab tu saya gugur. Dengan Anieq yang juga lasak, jadi faktor lebih kepada itu. Balik rumah, babah uruskan segalanya dari awal sampai akhir...


















Kami sempurnakan elok-elok sebab saya nampak sendiri jantungnya berdegup menandakan 'dia' pernah hidup dalam rahim saya... sebagai bayi comel saya...secomel Kaklong Aien dan Abangah Anieq.. Walaupun doktor kata 'dia' takde apa-apa...
 
Dan bermulalah episod berpantang 30 hari saya yang telah pun masuk hari ke 35 hari ini. Semestinya saya memilih berpantang dengan vitamin-vitamin kesukaan saya ni. Tak banyak beza dengan Set Berpantang biasa. Cuma saya WAJIBKAN ESP sebab ESP ni menjaga sel-sel supaya terbentuk dengan baik. Bila keguguran kita perlukan Protin yang cukup supaya sel-sel rahim cepat pulih seperti sediakala. (BULAN NI PROMO ESP YE! BELI 6 DAPAT FREE 1!!!)
 
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sekali malah saya sihat dan cergas sepanjang tempoh berpantang. Semua kawan tak sedar pun saya sedang dalam pantang sebab saya tetap aktif menghadiri majlis ilmu anjuran Shaklee.



Bukan buat apapun kan.. duduk dan dengar. Tak jadi masalah. Asalkan saya tetap menjaga keadaan diri saya masa dalam pantang itu dah cukup :) Anak-anak Rafhanah pun mesti korang semua tak perasan kan ummi ni keguguran. Sebab tak macam orang gugur pun :p




Buat semua kawan dan pembaca blog saya, diharap korang semua dah tahu keadaan saya yang sebenarnya.. bukan mudah nak terus bercerita tentang kehilangan yang mengejutkan walaupun 'dia' hanya janin yang tiada sifat, tapi naluri seorang ibu tetap terasa kehilangan anak yang dikasihi.. sambil menaip, sambil air mata tak henti-henti mengalir... ini kandungan saya yang keempat dan kehilangan kedua saya selepas kandungan pertama saya molar tahun 2007 sebelum dapat Aien. Saya yakin dengan ketentuan Allah dan berdoa dengan sangat yakin bahawa DIA akan menggantikannya dengan yang lebih baik lepas ni...
 
~ AMIN ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)

Pm FB: Jannatul Fadilah
Call / sms / whatsapp 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

3 comments :

  1. Dugaan setiap hamba berbeza.. :)

    ReplyDelete
  2. Takziah..semoga cepat sihat..
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak. Saya juga bru melalui fasa keguguran di usi janin saya bru 10 minggu. Betapa sedih dan luluh hati saya. Saya tak dapat menyempurnakan janin saya sb pihak hospital ingin menjalankan ujian terhadap janin saya bagi mengetahui punca janin saya berhenti membesar. ;'( semoga kita didalam rahmat dan redha Allah. Doakan saya beroleh rezeki untuk hamil lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...