Wednesday, October 1, 2014

EBM BERUSIA 2 TAHUN PERLU DISIMPAN?

EBM BERUSIA 2 TAHUN PERLU DISIMPAN? - Ebm ialah istilah ringkas bagi Expressed Breast Milk. Entry ni saya berhutang dengan ramai friend FB saya. Maaf lah ye, bukan tak nak publish tapi menunggu masa yang sesuai. Tapi sebenarnya saya lupa hehe ;)
Gambar-gambar di bawah adalah gambar kontroversi kat dalam FB saya. Mana taknya.. saya suka-suka je buang susu kepunyaan Anieq Sufi yang berjumlah hampir 1000 oz! Teruklah saya ni! Kan sayang susu-susu tu. Lemak berkrim, pekat, lazat.. berauns susu perahan disimpan dalam plastik milk storage tu. Last-last saya buang! Apa kejadahnya kan?
Meh la saya ceritakan.. supaya semua orang berpuas hati dan dapat jawapannya kenapa saya buang susu-susu ni. Gambar ni saya ambil masa bulan Disember 2013, iaitu masa umur Anieq 2 tahun 1 bulan. Masa ni hari persandingan sorang downline saya, Yati. Yati kalau baca blog akak ni mesti terkenang semasa dulu kan.. hehe ;p


Pemilik susu perahan (ebm), Anieq Sufi bersama susu yang sedang dinyahbekukan  

Saya sebenarnya terlalu sayangkan susu-susu Anieq ni. Mana taknya, susu saya sungguh banyak, rezeki Anieq meriah sungguh dengan susu. Sejak hari kedua dia lahir, saya dah alami susu penuh di breast. Hari kelima berpantang saya mampu mengepam keluar susu sebanyak 7oz! Susu ni ialah baki susu yang Anieq dah puas minum sampai kenyang sebelum tu!

Anieq menolong saya menyusun susu-susu beku di bawah pokok longan ping pong



Susu-susu disusun untuk dibuat main sebenarnya! ;)
Alhamdulillah, setiap kali pam lepas Anieq menyusu saya dapat simpan susu yang banyak. 6-7-8oz setiap satu plastik.
Stok susu dilabel mengikut tarikh, masa dan kuantiti (oz)

 

Disebabkan terlalu sayang dengan ebm tu semua, saya memaksa En Billy bagi hadiah hari jadi in advance kat saya ;) Hahaha.. dan disebabkan terlalu sayang kat isteri maka dapatlah saya hadiah yang dinanti-nantikan... Inilah deep freezer 150 liter hadiah hari jadi yang menjadi tempat saya simpan ebm Anieq selama lebih 2 tahun! Ada ke isteri yang nak hadiah hari jadi dia deep freezer? Agaknya tak ada kot.. tapi saya nak!
 
Proses mengalihkan ebm sedang berlangsung.

Bila dah ada deep freezer lagi lah semangat saya nak mengepam susu. Penuh deep freezer ni dengan susu tau! Untuk pengetahuan korang semua, saya ni seorang WAHM iaitu ibu yang bekerja dari rumah. Anieq memang 24 jam menyusu bergayut kat breastaurant original ni TANPA dia nak menyusu guna botol! Walaupun begitu, korang bayangkanlah betapa Allah Maha Kaya dan Maha Kasih Sayang.. Dia bagi lebihan susu yang terlampau terlebih untuk Anieq nikmati sorang-sorang. Kadang-kadang susu yang saya pam tu saya bagi kat Aien. Aien suka susu fresh baru pam. Yang beku dicairkan dia tak nak mungkin sebab ada bau.. lagipun saya makan Omega Guard so susu ada bau ikan sikit. Iye ke? ;p



Susu dah cair ni kita buat siram pokok ye

Anieq tak nak minum ebm beku yang dicairkan mahupun fresh ebm. Oleh sebab itu, saya terpaksa simpan je susu-susu tu semua hingga satu masa yg saya rasa dia akan perlukan nanti...



Susu yang dah cair diletakkan di dalam baldi untuk tujuan seterusnya
Jangkaan saya meleset. Bila tiba masa saya tinggalkan dia 3 hari 2 malam sebab pergi trip Shaklee ke Kota Kinabalu, Sabah Anieq tetap sanggup minum air kosong daripada minum ebm ummi dia. Bonding anak dan ibu memang sangat kuat! Jadi, susu-susu tu hanya duduk diam dalam deep freezer sampailah tempohnya 2 tahun tanpa saya berusaha untuk cairkan dan bagi kat Anieq. Sedar-sedar dah terlajak umurnya dan memang patut expired dah.


Ebm yang dah dicairkan ni saya buat siram pokok, buat siram badan macam mandi susu dan buat siram muka. Di samping amalkan makan vitamin, kita amalkan mandi susu untuk tubuh badan segar dan gembira sepanjang hari! :)



Harap pokok ni pun hidup segar dan bertenaga lepas diberi minum susu ummi! :)





Mungkin ramai yang tanya, kenapa saya tak sedekahkan je ebm tu kat anak-anak yg takde ibu untuk menyusu atau anak-anak yang perlukan susu ibu? Daripada membazir buang macam tu je..
Jawapan saya ialah ia bergantung kepada persetujuan suami saya iaitu En Billy. Bukan saya tak pernah tanya tapi pada dia benda ni kena jaga betul-betul dan takut terlupa asal usul ibu yang menyusukan...
Lepas baca cerita saya ni jangan pulak jadi macam adik manis dalam gambar bawah ni. Takut dia kalau saya cadangkan makan Shaklee. Takut kena buang susu-susu macam saya kot! ;)



Hehe..
Tangan tak nak komen tapi terasa nak komen sikit kat sini. Biarlah.. blog saya, sukati saya lah kan.. ;)
Komen saya:
Kat farmasi ada jual milk booster ye dik. tapi sayangnya diorang pun jual Alfalfa Shaklee sebagai milk booster :) Dan lagi bestnya, harga kat farmasi tu berkali-kali ganda mahalnya berbanding adik beli kat akak. Nak lagi jimat, kita sign up membership. Sangat berbaloi! Lagi satu, beli dengan akak ada konsultasi PERCUMA dan tips ekslusif cara banyakkan susu khas untuk anda! :)
NAK TAK???
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)

Pm FB: Jannatul Fadilah
Call / sms / whatsapp 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

1 comment :

  1. pokok longan saya kini berbuah manis sangat! jemput baca entry 10 julai 2015 :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...