Wednesday, October 22, 2014

Resipi Puding Roti Kukus Simple dan Senang :)

Semalam pagi-pagi lagi En.Billy cakap nak abiskan roti yang beli minggu lepas. Biasanya hujung minggu memang roti kat rumah kami kurang mendapat sambutan. Sebab selalunya sarapan mesti beli roti canai atau nasi lemak kat luar. Jadi niatnya nak abiskan je harini sebab nanti dah rosak langsung tak boleh guna.

Tapi malam semalamnya ada lagi balance nasi separuh periuk sebab ummi budak-budak ni rajin pulak masak mi sanggul kuah sos tiram untuk dinner. So cadangnya pagi breakfast nasi goreng, roti tu ummi nak buat puding roti. Alang-alang dah lama tak buat. Umur Anieq rasanya lah. Lama tu ;)

Bila dah buat suka lah kan nak tayang kat FB. Saja share gambar dan cerita. Tup tup ada pulak yang minat nak tahu resipi hehe. Sempatlah saya PM sorang-sorang kat FB messenger tadi.

Bagi yang nak tau resipi dia, saya nak share kat bawah ni.

Resipi Puding Roti Kukus Simple dan Senang :)

Bahan-bahan:
* Roti 5-7 keping
* Telur 2 bj
* Gula 3-4 sudu  besar -- lebihkan kalau nk manis
* esen vanila 1 sudu kecik
* susu cair 1 tin /susu fresh/5-6 sudu susu tepung dibancuh jadikan 1 tin susu cair.

Cara:
* Potong roti kecil2. Susun dlm loyang.
* Pukul telur + gula + esen vanila sampai rata. Masukkan susu. Gaul rata.
* Tuang campuran atas roti
* hiaskan dgn kismis/choc chip/choc rice.

Kukus 30 minit /sampai masak

Sejukkan. Simpan dlm peti sejuk baru potong dan makan.

Roti tu sapukan mentega depan belakang bagi rasa sedap lagi sebelum dikukus.

Boleh bakar kalau tak nak kukus.

Sekian :)


**************************
 
Terbaik!!! Sambil melayan order customer, sambil siapkan puding roti kukus ni. Siap je, sejukkan kejap pastu terus si pengamal Meal Shakes ni terkam dulu! Kejap je abis licin Anieq makan. Sedap la tu! Siap bertambah lagi tau!




Meal Shakes ni Anieq makan sebagai multivitamin tambahan dlm diet harian dia. Kan dia dah tak menyusu ummi lagi. Pastu susu formula jarang-jarang dia minum. Nasib baik makan semangat!

Balik dari COD vitamin Shaklee kat Bangi, puding yang pertama tadi ada lagi sikit kita kasi abis.. So buat yang kedua pulak.
 
Sama simple dia cuma saya amik idea member lama bff Farah Fadhlina -- KLIK link untuk ke BLOG beliau ;) Dia suruh letak coklat chip tapi kata simple kan.. so letak je apa yang ada. Saya letak chocholate rice ni je. Kaler-kaler cantik :)




Ni dia dah siap! kejap sangat buat dia, senang sangat bah... ;) Eh.. apesal jadi kaler coklat tu? Hangit ke?? Taklah.. masa tengah kukus tadi saya tabur je VICO atas dia. Tak sempat nak amik gambar hehe


Cantik warna warni dan rasa pun sedap :)




Aien pulak potong sebab Anieq dah tidur. Malam-malam jugak dia makan :)

BEST tau, semua mak-mak kena cuba. Daripada biarkan roti terbuang membazir, so manfaatkan dengan sedikit kerajinan kita untuk buat puding so anak-anak dengan bapak anak dan kita pun boleh makan. Perut kenyang, hati senang :)
 

~~~~~~~~~~~

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)

Pm FB: Jannatul Fadilah
Call / sms / whatsapp 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...