Wednesday, October 1, 2014

SOKONGAN RELAKTASI ~ SAYALAH PAKAR YANG MEMBANTU DIA!

SOKONGAN RELAKTASI ~ SAYALAH PAKAR YANG MEMBANTU DIA! - Berlagakkah saya dengan ayat di atas? Semestinya TIDAK!
 
Saya bukan Pakar Relaktasi. Saya juga bukan Kaunselor Laktasi (LC). Saya tak tergolong dalam golongan mereka.. namun saya amat mencintai dunia penyusuan susu ibu malah pernah menyuarakan hasrat untuk mengikuti kursus sebagai Lactation Counsellor dulu.. masa Aien kecil lagi..

Walaupun begitu saya bersyukur kerana Allah telah membuka jalan buat saya berkongsi pengalaman penyusuan dan ilmu yg dipinjamkan-Nya kepada adik-adik dan kakak-kakak yang menyusukan bayi dengan susu ibu dan menghadapi masalah dalam penyusuan mereka.

Saya berusaha menjawab sebarang pertanyaan mengenai masalah penyusuan anda insha Allah.. saya gembira berkongsi dengan anda dan amat berbangga dengan ibu-ibu yang sanggup berkorban segala-galanya demi setitis air susu buat si manja...
 
Kisah Husna, seorang ibu menyusu yang bermasalah untuk menyusukan bayinya secara langsung, selama lebih 2 minggu.. setelah saya berkongsi apa yang sepatutnya, inilah luahan hati Husna:
 

 
 
Saya bukan nak menyalahkan sesiapa.. namun ayat Husna menunjukkan dia kesal dengan layanan 2 orang LC yang sepatutnya membantu di saat dia sedang kecewa bayi menolak menyusu direct.. saya bersyukur bila Husna menjadikan nasihat saya sebagai panduan untuk dia menghadapi apa jua kemungkinan selepas ini.
 
Sebagai ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu sepenuhnya tanpa susu formula, saya amat memahami jiwa Husna lebih-lebih lagi Anieq juga pernah menolak untuk menyusu direct dengan saya selama HANYA DUA hari! Walaupun hanya DUA hari tapi itu dah teramat pedih buat saya... mungkin LC berdua itu kurang pengalaman atau kurang memahami hati dan jiwa seorang ibu yang bermasalah begini.. pesan saya, jika anda ada masalah dalam penyusuan, carilah orang yang boleh anda luahkan perasaan.. dalam masa yg sama membantu menyelesaikan masalah penyusuan anda.
 
Saya tiada sijil kelayakan sebagai Kaunselor Laktasi, namun pengalaman yang saya lalui selama lebih 5 tahun dalam penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk anak-anak amat membantu saya berkongsi segalanya dengan anda.... Insha Allah... :)
 
* Khas buat Husna, semoga baby mahu kembali direct feed dan semoga Husna kuat menghadapi hari2 mendatang... ♡
 
~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)

Pm FB: Jannatul Fadilah
Call / sms / whatsapp 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...