Monday, November 17, 2014

45 TIPS AGAR SUAMI TAK CURANG!

Gerunnya dengar.. ni lepas saya baca kisah rumah tangga yang dilanda masalah bila si suami mengaku curang terhadap isterinya.. nauzubillah...

Wahai para isteri, persiapkanlah diri kita sebaik-baiknya untuk suami yang kita cintai. Buat para suami, isteri adalah amanah sepanjang hayat. Jagailah kami sebaik-baiknya dan pimpinlah kami ke syurga... 

Lepas artikel tu ramai la yang meninggalkan komen mengikut pendapat masing-masing. Dalam banyak-banyak komen, saya suka komen Kilauan Emas Nombor Satu ni. Dia bagi TIPS
agar suami tak curang. Saya share ye Kilauan Emas.. sebab boleh diaplikasikan nanti oleh saya dan sahabat-sahabat kita yg bergelar isteri yang suka baca blog saya ni ;) Saya copy je dari komen beliau dan paste kat bawah ni:
Meh bagi tips agar suami x curang:

1) selalu pegang tangan suami
2) selalu jaga kebersihan rumah.. Ajak suami bersihkan rumah.. dia balik kerja, dah bagi minum, ptg atau makan.. ajak dia bersihkan apa yg patut.. siapkan tugasan untuk suami 'apa yg dia patut tolong' walaupun sikit
3) jangan biarkan suami tengok tv tanpa isteri hantar air, biarpun air kosong.. Duduk sekejap 1 minit sebelah suami andai anda sibuk
4) jangan biarkan suami di rumah tanpa kita menyapanya dan memaut leher ke, tangan ke, pinggang ke.. kalau boleh setiap 15 min kita menyapanya.. sapa suami sekejap sahaja 1 min dah cukup
5) sentiasa cari jalan nak keluar sama dengan suami
6) selalu buat kejutan datang kat tempat kerja suami dengan anak2 biarpun kecil
7) sms selalu suami jika sedang kerja.. dengan kata2 sayang = 1jam sekali.. ingatkan dia jangan curang dan beritahu betapa anda sayangkannya
8) kol suami 3jam sekali jika dia diluar = tunjukkan betapa anda cintakanya
9) sentiasa berkongsi masalah dengannya.. juga tentang berat badan anda
10) selalu menangis depannya jika ada yg anda sedih.. lelaki suka menjadi hero
11) jangan sekali meninggikan suara dalam apa situasi pun
12) jangan masamkan muka bila ditegur suami
13) banyakkan berzikir bila disamping atau berjauhan dengan suami
14) jaga solat 5 waktu
15) beritau setiap hari yg anda sayangkan suami
16) sentiasa meriangkan diri dan bergurau dengan suami
17) tanya suami selalu jika ada apa2 kekurangan anda setiap hari
18) jangan mengumpat keburukan suami pada sesiapa pun.. selalu berbincang secara baik
19) selalu usap suami
20) cium tangan suami setiap kali pergi dan balik kerja.. juga cium
21) peluk suami2 kuat2 kalau dia keluar rumah biarpun sekejap pergi kedai, kerja, terutama kalau dia outstation.. peluk kuat dia dan bisik "abg saya pohon abng jangan sesekali curang.
22) selalu sentuh pipi suami dan bahagian romatis
23) ajak tgk TV bersama jika ada masa lapang
24) main dan riadah bersama2 suami
25) selalu minta bantuan suami atas apa juga urusan dirumah termasuk memasak dan mengemas
26) main catur, dam, dam ular dan apa2 permainan 'budak' yg sesuailah bersama suami
27) biasakan minum cawan satu kongsi 2 orang
28) jika isteri masak, pastikan suami basuk kuali dan periuk.. tapi mesti sama2 didapur,.. dan selalu ucapkan terima kasih pada suami
29) mesti layan ibu suami dengan baik
30) mesti betulkan baju suami setiap hari bila dia keluar kerja, ataupun keluar sekejap
31) pegang ubun2 suami selalu dan katakan anda sangat cintakannya
32) bila duduk sebelah suami selalukan lurutkan tangan pada lututnya.. disitu punca kegagahannya
33) senyum untuk suami x boleh putus hingga ke akhir hayat
34) amalkan doa lepas azan untuk kebahagian rumah tangga
35) habis solat.. sujud sekejap mohon allah jagakan suami anda untuk kebahagian rumah tangga anda
36) tukar sarung bantal suami 2 hari sekali dan semburkan wangian
37) kebersihan diri = mandi dan berus gigi 3 - 4 kali sehari
38) bersenam setiap hari yg basic
39) bersenam senaman yg menguatkan "batin" anda
40) kuatkan makan sayuran terutama yg pahit, menguatkan otot dalaman anda juga menyebabkan kulit lagi cantik, halus, putih dan gebu
41) pastikan baju anda setiap hari sama warna dengan suami
42) sentiasa tanya suami apa kekurangan anda = JANGAN SESEKALI TUNGGU SUAMI TEGUR! PASTI BAHAGIA
43) Selalu buat kejutan bg hadiah 'main2' dengan suami. anggap suami macam kawan2 anda.. pk sendirilah yg tu
44) biasakan ajar suami basuh baju dia sendiri dan bantu sidai baju anak2. Juga ajak suami bantu gosok baju.. Suami bila tau susah, dai akan lebih sayang isteri.. dia x bantu xpe.. tapi anda tetap ajak pada hari seterusnya.. supaya dia tau yg anda perlukan bantuan.. 
45) SENTIASA TELITI PENAMPILAN DAN KECANTIKAN SETIAP SUDUT DIRI ANDA.. JANGAN BAGI ALASAN

Jika dah buat semua ini si dia masih lagi curang.. itu bukanlah jodoh anda.. FASAKHLAH!

Semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik dan kekal bahagia sampai ke syurga... AMIN.


Jangan lupa,
PROMO NOVEMBER 2014 ~ OMEGA GUARD BEST!

------------------
 
SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA!
 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang
 
Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...