Wednesday, November 12, 2014

67 Tahun Umurnya...

 
Syukur Ya Allah, Kau masih panjangkan umur mak hingga saat ini.. 67 tahun umur mak pada 5/11/2014.
 
Hari Rabu lepas (5/11/14) mak dikejutkan dengan jambangan bunga, coklat, kek serta belon ni dari anaknya yang paling jauh kat Kulim, siapa lagi kalau bukan Pura adik saya si Induk Anggun ;p (sampai sekarang ko perasan ko anggun ye inok hahaha...)


 
Sebak mak sampai menangis dia bila inok buat macam tu tau inok.. tak baik menjatuhkan air mata mak.. pergi mintak maaf cepat!
 
 
 
Mak terharulah kan... kalau saya pun sebak rasanya sebab anak yg paling jauh sentiasa ingat kat dia. Inok ni anak manja, selalu home sick masa duduk hostel dulu hehe.. sekarang dah kawin beranak pinak duduk Kedah pun sama jugak. Selalu je balik kalau tiba-tiba dia rasa rindu kat bebelan mak ;) Saya ni rezeki duduk dekat dengan mak. 30 minit je sampailah. Tiap-tiap minggu pun boleh balik atau bila-bila masa saya suka :)
 
 
 
 
Kami sambut birthday mak lewat sikit sebab masing-masing kerja. Nak kumpulkan anak-anak mak yang seramai 11 orang ni memang bukan senang walaupun semuanya tinggal dekat-dekat sini je kecuali Pura. So sabtu lepas baru sempat nak berkumpul masak-masak potluck adik-beradik. Untung dapat kakak-kakak yang pandai masak. Saya beli spageti je.. sos Prego Carbonara Mushroom. Senang keje hehe ;) Sedap pun sedap!
 

 
 
Kami buat bacaan doa selamat sikit untuk mak. Acu yang bacakan doa... Semoga mak berbahagia di dunia dan akhirat... AMIN
 

 
Selfie dengan birthday girl!

 
Anak-anak buah bersepah-sepah duduk makan :)
 

 

Abang Long Taufiq cucu pertama mak pecut dari Melaka datang Cheras. Yeke Abang Long? Pecut sangat la kan.. ;)


 
 

 
 

 
 
Anieq makan main-main. Sudahnya dia kacau mak uda dan pak uda makan
 

 
Nak enter frame jugak ;p

 
 
Selamat Hari Lahir MAK KU SAYANG ke-67 tahun. Semoga mak dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki, sihat walafiat di samping vitamin2 SHAKLEE yang mak makan setiap hari dan semoga berbahagia sampai hujung nyawa mak..

Kasih ibu tiada taranya.. MAK, semoga Allah merahmati MAK dan menyediakan SYURGA buat MAK dan arwah AYAH... amin...

Panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat MAK♡

Jangan lupa,
PROMO NOVEMBER 2014 ~ OMEGA GUARD BEST!

------------------
 
 
SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA!
 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang
 
Salam kasih sayang


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...