Friday, November 7, 2014

Amalan Sunat Hari Jumaat

Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari yang paling mulia.. hari yang paling disukai oleh para pekerja sebab esoknya Sabtu.. CUTI! ;)

Saya nak share tentang amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada hari yg mulia ni. Saya ambil ni dari group whatsapp. Banyak betul perkongsian mereka.. Kita pun boleh amalkan. Jom sama-sama...

🔷 Qiamualail (Solat Malam) seperti Solat Tahajjud, Tasbih, Taubat, Hajat,Witir dan lain2.

🔷 Bersegera ke masjid seawal mungkin pada siangnya. Solat Berjemaah/Jumaat

🔻Ganjarannya:

🔶 Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)

🔷 Membaca “Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih" (3 kali), pada solat Sunat Fajar Jumaat.

🔻 Ganjarannya:

🔶 InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.

🔷 Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.

🔻Ganjarannya:

🔶 Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: “Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)

🔷 Membaca Surah Ali Imran

🔻Ganjarannya:

🔶 Akan didoakan oleh malaikat hingga ke malam.

🔷 Membaca Surah Al-Kahfi.

🔻Ganjarannya:

🔶 Disinari dirinya dengan cahaya dan mendapat petunjuk serta pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

🔷Membaca Surah Yassin

🔻Ganjarannya:

🔶 Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah  telah bersabda ; “Siapa yang membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.” Nabi Muhammad telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca Al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)

🔷  Memperbanyakkan membaca selawat pada hari Jumaat.

🔻Ganjarannya:

🔶 Bacaan selawat  disampaikan terus kepada Rasulullah dan akan memperolehi kasih sayang dari Baginda SAW.

🔸Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya (Nabi).” (Al-Ahzab:56)

🔸Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah  bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

🔸Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

🔸Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah ﷺ bersabda: “Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)

🔷 Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.

🔻Ganjarannya:

🔶 Akan  mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.


~~~~~~~~~~~

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA!
 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
 
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang
 
Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...