Friday, June 5, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2014 @ SUNWAY HOTEL ~ DAY 2 AND 3

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2013/2014 @ SUNWAY HOTEL DAY 2 AND 3

Hehe kita senyum dulu. Lambatnya nak sambung cerita ;)
 
Hari Kedua:
 
Bagus betul Shaklee siap bagi buku itinerary event so senanglah kami nak rujuk ada aktiviti apa pada hari kedua ni. 
 

 
Masa banyak di Convention Centre untuk sesi kedua Conference. Saya amik dua lagi award petang tu :)
 
Kiri Linda, kanan Syima
 
Dah tamat sesi conference, malam ada dinner pulak. Semua yang dapat award layak join dinner malam ni. Temanya, Glitter Nite!
 

 
Ramai juga anak cucu Rafhanah yang join dinner ni. Seronok rasanya bila dapat berkumpul ramai-ramai dan berborak2 pasal bisnes.
 
 
 
 
Gambar bawah ni salah seorang leader saya di bawah susur galur family JK, Momo. Momo ni student UNIMAS tapi sanggup terbang ke Sunway untuk join conference hari tu. Student pun boleh buat, ada alasan tak? Setiap bulan bonus masuk RM seribu dua, memang kena buang alasan tu jauh2.. kan?
 
 

 
Hari ketiga:
 
Hari paling penat bagi saya hehe. Sebab saya join Sunway Lagoon Hunt, dia ala-ala treasure hunt. Tau-tau je lah kan kalau hunting ni memang penat berlari-lari ke sana sini nak cari Harta Karun hahaha...! Sebelum turun ke Surf Beach Sunway Lagoon, saya siap-siap chek-out dulu. Beg saya semua letak kat lobi hotel sekali dengan beg-beg peserta lain. Masa ni dapat meal allowance RM50 lagi setiap sorang. Dia bagi dalam bentuk kupon. Nanti sampai bawah beach tu nak beli scan je kupon tu. Syok sangat makan tanggung hehe.. ;)



Sebelum tu, lepas sarapan nak naik amik beg terserempak dengan Bos Shaklee, Mr Roger Barnett. Beliau baru je lepas berjoging. Berbual-bual ringkas sementara tunggu lif.. malu kan hehe.. dia tanya berapa anak saya, saya tanya berapa anak dia. Saya tanya umur anak-anak dia, dia pulak tanya umur anak-anak saya. I kan peramah, mestilah ada yg nak diborakkan ;) Lagipun ni kan boss. Amik peluang wehhhh...!

Lepastu, saya tanya pulak kenapa tak bawak anak isteri sekali, dia jawab anak-anak exam, wife teman. Dia tanya lagi berapa lama saya dalam biz Shaklee.. bla.. bla.. sampai lah lif terbukak. Kami masuk berdua je sampai  lepas 1st Floor. Apalagi, beliau yg sangat sporting sudi je nak selfie dengan saya :) Lepas saya selfie, leader-leader yang ada kat belakang saya tu pun sama tau amik kesempatan jugak selfie dengan Roger.



Sampai kat beach, kena buat kumpulan. Saya amik port kat bawah tiang bendera ni.




Sementara menunggu leader-leader berkumpul, kami dapat map Sunway Lagoon ni. Senang nanti nak cari tempat-tempat yang terlibat dalam 'hunt' nanti.


 
Ni lah group Sunway Hunt saya. Kami bercampur-campur. Memang kami tak kenal pun satu sama lain. Bagus kan sebab cara ni merapatkan silaturahim antara sesama Shaklee Independent Distributor.


 
 
Bawah ni lepas check point ke berapa tah, lupa dah ;) Yang saya ingat, kami kena berlari panjat escalator naik atas yang paling tinggi sekali untuk jumpa dengan lanun ni haha...
 

 
 
Captain Duck ke namanya? :) Ni masa nak kena amik gambar bertiga dengan ahli kumpulan untuk lengkapkan 'hunt' kami. Lawa kan baju muslimah yang Shaklee sediakan khas untuk para pemimpin wanita Muslim. T. shirt ni atas pilihan. Boleh pilih nak baju lengan pendek atau panjang. Kalau perasan gambar itinerary hari ketiga kat atas ni ada gambar T. Shirt biasa dan muslimah. Bagus kan Shaklee. Sangat prihatin ;)
 
 
 
 
Dah selesai aktiviti 'hunt' kena beratur dalam kumpulan balik  
 
 
 
 
Keputusan diumumkan, kami dapat Naib Juara! Bravo! Jauh betul pentas dengan tempat berkumpul :)
 

 
 
Naib juara dapat hadiah ni! Syok betul uols :)

Sekotak Collagen Powder, Performance Drink, B Complex, Ostematrix - semuanya sebotol setiap satu yang diletakkan dalam woven bag Shaklee ni. Alhamdulillah, penat lelah berlari sampai atas sana, masuk kolam basah kuyup, saling bantu membantu antara ahli kumpulan maka inilah hasilnya. Jumlah harga semua vitamin ni lagi RM4 je nak RM400 harga ahli. Berbaloi-baloi kan.. :)




Sebelum balik sempatlah saya beli Burger King 4 set tapau siap-siap untuk Aien, Anieq dan babah diorang. Seronoknya percutian 5 star dalam negeri tajaan sepenuhnya oleh Shaklee khas buat kami, leader-leader bagi tahun 2013/2014. Tak rugi join Shaklee. Dulu join untuk beli vitamin buat makan sendiri je. Tak sangka Allah mudahkan jalan dapat meluaskan bisnes dan dapat merasai rezeki percutian hebat ni. Sangat-sangat puas hati! Nanti saya kongsikan pengalaman saya dan suami mengikuti trip Shaklee ke US pulak. Tungguuuuu.....

NAK JADI AHLI SHAKLEE? Daftar dan beli apa-apa vitamin untuk dapatkan sebotol Vitalea berusia 100 tahun dengan PERCUMA!

Jangan lupa,

PROMO BULAN JUN 2015 ~ VITAMIN CANTIK DAN VITAMIN CINTA SHAKLEE!

 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
Nak beli SHAKLEE boleh cari saya * 012-679 0484 (ILA)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Saya sedang mencari rakan niaga Shaklee di Miri, Sarawak, Sabah dan seluruh Borneo.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...