Thursday, August 27, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG : BUAT BAIK KEPADA IBU

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG : BUAT BAIK KEPADA IBU


sayang mak, vivix untuk mak, vitamin untuk usia emas


Gambar saya dengan mak.. boleh kata terbaru lah juga sebab diambil masa Hari Raya Puasa pertengahan bulan Julai lepas.

SAYA = 35 tahun bulan depan. MAK = 68 tahun bulan November ni.

Kaitan dengan cerita kali ni sebab ia melibatkan EMAK..

Saya kongsikan cerita teladan ni yang saya dapat dari whatsapp group family kalau tak silap.. betul sangat-sangat.. saya memang setuju dengan apa yang berlaku. Cerita mengenai apa ni? Jom kita baca sama-sama..

-------------------

"Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.

Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.

Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.

Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu.

Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.

Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku.

Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.

Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila.

Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti".

Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.

Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya.

Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. Kami banyak buat salah pada ayah".

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana."

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita.

Nauzubillahiminzalik.

Karyawan Bisu ~

Jadi bijak sekarang, jom rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya di 012-679 0484.

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details smile emoticon

Opsss.. sebelum terlupa, ni ada lagi satu offer Shaklee yang tersangatlah best!
 


Pendaftaran ahli baru (yuran keahlian RM80) dan disertai dengan pembelian apa-apa jenis produk Shaklee, melayakkan anda dapat sebotol Vitalea ini (harga runcit RM88) secara PERCUMA!

 ** Belian 2 botol Vivix anda automatik menjadi ahli Shaklee yang SAH!

Nak amalkan Shaklee boleh dapatkannya daripada saya dengan HARGA ISTIMEWA!
 
Jannatul Fadilah 012-679 084 ♡

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi SemenyihKajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Poslaju / Gdex / pengeposan ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Saya sedang mencari rakan niaga Shaklee di Miri, Sarawak, Sabah dan seluruh Borneo.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan keahlian PERCUMA serta menjana pendapatan dengan Shaklee:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang

Saturday, August 15, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: KALSIUM UNTUK SI ANAK KECIL

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: KALSIUM UNTUK SI ANAK KECIL

Teka apa ni?


Ini ialah sebiji Ostematrix iaitu Kalsium Magnesium Shaklee yg bukan sekadar kalsium.


Sebenarnya pil ni untuk Aien, anak sulung saya yang sedang membesar dengan sihat dan cemerlang sekarang. Saya bagi dia ostematrix ni sebagai pelangkap zat kalsium dalam badan dia.

Kenapa saya belah dia jadi 4 bahagian?

Sebab Aien tak pandai nak telan besar2 seketul tu walaupun sebenarnya dia boleh je telan.. masuk dlm mulut, minum air, telan! Dh kena air pil ni akan larut sendiri.. dlm beberapa saat je. Tapi sebab nak memudahkan lagi dia menelan maka ummi pun belah kecik2.. senang sikit prosesnya.

Aien dah ada gigi kekal 1 batang di bahagian bawah. Gigi kekal bahagian atas depan pun nampaknya dah menunjukkan bayang2nya.. Jadi, ummi seboleh2nya nak dia cukup kalsium supaya x mengganggu tumbesaran gigi dan tulang dia pada tahap umur dia sekarang.


Umur Aien 7 tahun pada 11/12/2015 ni.

Keperluan kalsium harian anak2 dengan mudah boleh diperolehi dari pengambilan Ostematrix Shaklee tanpa perlu mengharap pada susu formula yg lebih banyak gula dan lemak trans semata2.. Kelebihan Ostematrix adalah ia kalsium yang mengandungi Magnesium dan vitamin D di dalamnya bagi membantu tubuh memaksimumkan penyerapan kalsium dalam tubuh badan kita. Jadi, tubuh akan dapat kesemua zat kalsium yg diambil. Insha Allah..

Dapatkan Ostematrix untuk keperluan kalsium anda dan anak2 anda hari ini!

Jadi bijak sekarang, jom rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya di 012-679 0484.

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details smile emoticon

Opsss.. sebelum terlupa, ni ada lagi offer Shaklee yang tersangatlah best!



Pendaftaran ahli baru (yuran keahlian RM80) dan disertai dengan pembelian apa-apa jenis produk Shaklee, melayakkan anda dapat sebotol Vitalea ini (harga runcit RM88) secara PERCUMA!

 ** Belian 2 botol Vivix anda automatik menjadi ahli Shaklee yang SAH! 

Nak amalkan Shaklee boleh dapatkannya daripada saya dengan HARGA ISTIMEWA!

Jannatul Fadilah 012-679 084 ♡

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi SemenyihKajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Poslaju / Gdex / pengeposan ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Saya sedang mencari rakan niaga Shaklee di Miri, Sarawak, Sabah dan seluruh Borneo.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan keahlian PERCUMA serta menjana pendapatan dengan Shaklee:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang

Monday, August 10, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: BUAIAN BEAR

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: BUAIAN BEAR
 
Saya kan ada seorang anak dara yang kreatif dan bijak. Maka apa-apa perkara yang dia buat kadang-kala saya sebagai mak dia pun tak jangka yang dia akan buat. Contohnya macam buaian bear ni..
 
Buaian bear tu apa?
 
Ni lah dia.. layankan aje gambar ni ;)
 
 
 

Closed-up sikit. Pening nak tengok dari sini hehe..

Tengok peralatan dia.. patut pun ummi beli brooch 10 biji, hilang 10 biji. Ummi beli lagi 10, hilang lagi 10. Kat sini rupanya kerongsang tu pergi.. Dengan hanger baju dia.. dengan towel kecik ummi semua lesap dia kerjakan. Termasuk tuala kecik ekslusif dari Shaklee ni. Tuala ni ummi dapat masa free trip 5 star Shaklee 3 hari 2 malam kat Sunway Lagoon sempena National Conference tahun lepas.


 
 
Ni gambar lagi dekat. Senyum aje bear dia :)
 

 
 
Tengok dari sini baru tak pening. Kreatif kan Aien? Ummi layan aje kerenah dia. Asalkan dah main pandai kemas balik. Tapi biasanya dia tak kemas pun sebab nak main lama. Sabarrr je lah... hehe 
 
 
 
Sebenarnya ni bukan bear kot. Kalau tengok betul-betul dia macam anak lembu, comel kiut je tu. Anak lembu ni mainan Aien masa dia kecik-kecik dulu masa umur dia setahun lebih kalau tak silap. Tapi sampai sekarang elok lagi boleh dia buat main dalam umur nak masuk 7 tahun bulan Disember ni. Baguslah sebab kebanyakan mainan dia tak tahan lama maklumlah orang kreatif dan bijak pulak. Anak Shaklee katanya... ;)
 
Ingin mencuba produk Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details smile emoticon

Opsss.. sebelum terlupa, ni ada satu offer Shaklee yang tersangatlah best!
 


Pendaftaran ahli baru (yuran keahlian RM80) dan disertai dengan pembelian apa-apa jenis produk Shaklee, melayakkan anda dapat sebotol Vitalea ini (harga runcit RM88) secara PERCUMA!

 ** Belian 2 botol Vivix anda automatik menjadi ahli Shaklee yang SAH! Rujuk promo BULAN JULAI

Nak amalkan Shaklee boleh dapatkannya daripada saya dengan HARGA ISTIMEWA!
 
Jannatul Fadilah 012-679 084 ♡

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi SemenyihKajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Poslaju / Gdex / pengeposan ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Saya sedang mencari rakan niaga Shaklee di Miri, Sarawak, Sabah dan seluruh Borneo.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan keahlian PERCUMA serta menjana pendapatan dengan Shaklee:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang

Tuesday, August 4, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: ANAK VS KERJAYA ~ 9 TIPS IBU BEKERJAYA MENJAGA ANAK

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: ANAK VS KERJAYA ~ 9 TIPS IBU BEKERJAYA MENJAGA ANAK



Kenangan saya ni. Masa bekerja dulu.. last bekerja di luar rumah masa usia Aien 1tahun 10 bulan. Lepas tu saya nekad berhenti kerja sebab tak sanggup tinggalkan dia dengan orang lain. Alhamdulillah sekarang ni anak-anak saya memang 24 jam dengan kami. Syukur nikmat Allah yang tak terhingga.. melihat anak-anak membesar di depan mata adalah satu anugerah yang tak ternilai..



Jom kita tengok tips untuk ibu-ibu yang berkerja menjaga anak:

  ✔TIPS Ibu Bekerjaya 1 
Pertama sekali, jangan rasa bersalah dan jangan cuba untuk melakukan segala-galanya pada satu masa hanya kerana anda tidak mempunyai banyak masa dengan anak anda. Ada cara-cara yang mudah untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan anak anda, walaupun anda bekerja sepenuh masa.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 2
Tetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia dapat berjumpa anda. Contohnya, pada hari bekerja, pastikan andalah yang mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan, dan jika boleh, membawanya ke pusat penjagaan. Pada waktu petang pula, ambillah dia dari pusat penjagaan dan berbual-buallah tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya pada hari itu.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 3
Apabila anda besama anak anda, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Maka padamkanlah telefon bimbit, televisyen dan komputer supaya anda bebas bermain dan bermesra dengannya. Ini sangat penting terutamanya jika anda hanya dapat bersamanya pada hari minggu.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 4
Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Galakkan anak anda membantu anda memasak atau menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran atau beras. Kemudian, duduk bersama sebagai satu keluarga dan gunakan masa itu untuk berbual tentang aktiviti masing-masing pada hari itu. Walaupun jika anak anda masih belum boleh bercakap, dia pasti gembira dapat melihat anda dan makan bersama-sama.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 5 
Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-kurangnya cubalah untuk bersama-samanya ketika makan malam, mandi dan waktu tidur.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 6
Luangkan hari minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi ke taman permainan, membuat kerja seni bersama-sama, atau pergi berenang.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 7
Apabila anda sedang bekerja, cuba elakkan sebarang gangguan. Rancangkan tugas-tugas rumah tangga pada waktu yang tetap setiap hari supaya ia tidak mengambil waktu bekerja anda. Maklumkan waktu bekerja anda kepada rakan-rakan dan ahli keluarga dan mintalah supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut.

✔ TIPS Ibu Bekerjaya 8
Anda juga perlukan ruang untuk bekerja. Jika anda tidak mempunyai bilik khas sebagai ruang bekerja, anda mungkin boleh mengambil sedikit ruang di ruang tamu, di tepi tangga, dalam bilik tidur, ruang kosong di tepi rumah ataupun stor.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 9
Secara idealnya, carilah tempat di mana kerja anda boleh ditinggalkan tanpa anda perlu mengemasnya setiap kali. Jika perlu, simpan bahan-bahan yang anda gunakan untuk bekerja di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda seperti di rak yang tinggi atau dalam almari yang berkunci.

✔MOMS extra tips
Jika anak anda merajuk apabila anda pulang pada waktu petang atau pada hari minggu, cubalah bersabar dan jangan salahkan diri anda. Kemungkinan besar dia cuma rindukan anda dan ingin dibelai dan diberi perhatian.

Sumber : babycenter.com.my

Ingin mencuba produk Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details smile emoticon

Opsss.. sebelum terlupa, ni ada lagi satu offer Shaklee yang tersangatlah best!
 


Pendaftaran ahli baru (yuran keahlian RM80) dan disertai dengan pembelian apa-apa jenis produk Shaklee, melayakkan anda dapat sebotol Vitalea ini (harga runcit RM88) secara PERCUMA!

 ** Belian 2 botol Vivix anda automatik menjadi ahli Shaklee yang SAH!
 
Nak amalkan Shaklee boleh dapatkannya daripada saya dengan HARGA ISTIMEWA!
 
Jannatul Fadilah 012-679 084 ♡

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi SemenyihKajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Poslaju / Gdex / pengeposan ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Saya sedang mencari rakan niaga Shaklee di Miri, Sarawak, Sabah dan seluruh Borneo.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan keahlian PERCUMA serta menjana pendapatan dengan Shaklee:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...