Tuesday, August 4, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: ANAK VS KERJAYA ~ 9 TIPS IBU BEKERJAYA MENJAGA ANAK

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: ANAK VS KERJAYA ~ 9 TIPS IBU BEKERJAYA MENJAGA ANAK



Kenangan saya ni. Masa bekerja dulu.. last bekerja di luar rumah masa usia Aien 1tahun 10 bulan. Lepas tu saya nekad berhenti kerja sebab tak sanggup tinggalkan dia dengan orang lain. Alhamdulillah sekarang ni anak-anak saya memang 24 jam dengan kami. Syukur nikmat Allah yang tak terhingga.. melihat anak-anak membesar di depan mata adalah satu anugerah yang tak ternilai..



Jom kita tengok tips untuk ibu-ibu yang berkerja menjaga anak:

  ✔TIPS Ibu Bekerjaya 1 
Pertama sekali, jangan rasa bersalah dan jangan cuba untuk melakukan segala-galanya pada satu masa hanya kerana anda tidak mempunyai banyak masa dengan anak anda. Ada cara-cara yang mudah untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan anak anda, walaupun anda bekerja sepenuh masa.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 2
Tetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia dapat berjumpa anda. Contohnya, pada hari bekerja, pastikan andalah yang mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan, dan jika boleh, membawanya ke pusat penjagaan. Pada waktu petang pula, ambillah dia dari pusat penjagaan dan berbual-buallah tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya pada hari itu.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 3
Apabila anda besama anak anda, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Maka padamkanlah telefon bimbit, televisyen dan komputer supaya anda bebas bermain dan bermesra dengannya. Ini sangat penting terutamanya jika anda hanya dapat bersamanya pada hari minggu.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 4
Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Galakkan anak anda membantu anda memasak atau menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran atau beras. Kemudian, duduk bersama sebagai satu keluarga dan gunakan masa itu untuk berbual tentang aktiviti masing-masing pada hari itu. Walaupun jika anak anda masih belum boleh bercakap, dia pasti gembira dapat melihat anda dan makan bersama-sama.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 5 
Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-kurangnya cubalah untuk bersama-samanya ketika makan malam, mandi dan waktu tidur.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 6
Luangkan hari minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi ke taman permainan, membuat kerja seni bersama-sama, atau pergi berenang.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 7
Apabila anda sedang bekerja, cuba elakkan sebarang gangguan. Rancangkan tugas-tugas rumah tangga pada waktu yang tetap setiap hari supaya ia tidak mengambil waktu bekerja anda. Maklumkan waktu bekerja anda kepada rakan-rakan dan ahli keluarga dan mintalah supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut.

✔ TIPS Ibu Bekerjaya 8
Anda juga perlukan ruang untuk bekerja. Jika anda tidak mempunyai bilik khas sebagai ruang bekerja, anda mungkin boleh mengambil sedikit ruang di ruang tamu, di tepi tangga, dalam bilik tidur, ruang kosong di tepi rumah ataupun stor.

✔TIPS Ibu Bekerjaya 9
Secara idealnya, carilah tempat di mana kerja anda boleh ditinggalkan tanpa anda perlu mengemasnya setiap kali. Jika perlu, simpan bahan-bahan yang anda gunakan untuk bekerja di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda seperti di rak yang tinggi atau dalam almari yang berkunci.

✔MOMS extra tips
Jika anak anda merajuk apabila anda pulang pada waktu petang atau pada hari minggu, cubalah bersabar dan jangan salahkan diri anda. Kemungkinan besar dia cuma rindukan anda dan ingin dibelai dan diberi perhatian.

Sumber : babycenter.com.my

Ingin mencuba produk Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details smile emoticon

Opsss.. sebelum terlupa, ni ada lagi satu offer Shaklee yang tersangatlah best!
 


Pendaftaran ahli baru (yuran keahlian RM80) dan disertai dengan pembelian apa-apa jenis produk Shaklee, melayakkan anda dapat sebotol Vitalea ini (harga runcit RM88) secara PERCUMA!

 ** Belian 2 botol Vivix anda automatik menjadi ahli Shaklee yang SAH!
 
Nak amalkan Shaklee boleh dapatkannya daripada saya dengan HARGA ISTIMEWA!
 
Jannatul Fadilah 012-679 084 ♡

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi SemenyihKajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Poslaju / Gdex / pengeposan ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Saya sedang mencari rakan niaga Shaklee di Miri, Sarawak, Sabah dan seluruh Borneo.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan keahlian PERCUMA serta menjana pendapatan dengan Shaklee:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...