Saturday, October 31, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: LONGAN PING PONGKU MENARIK HATI FAMA :)

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: LONGAN PING PONGKU MENARIK HATI FAMA :)

Ni cerita dua minggu lepas..

Ni lah akibatnya bila rajin berblog pasal pokok longan kami ni, ada sorang Pegawai dari FAMA telefon saya. Eh eh.. apa kaitannya FAMA dengan longan ping pong kesayangan saya ni?

Siapa yang belum tahu apa itu FAMA?

FAMA ialah singkatan bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Haaaa.. Amekaww! Sampai Lembaga Pemasaran Pertanian pun telefon cari info pasal longan kami ni. Ini sudah kes best :) :) :)

Pegawai FAMA ni berminat nak tahu mengenai pokok longan ping pong kami yang subur berbuah tak henti-henti walau bukan musimnya. Saya pun tak tau bermusim ke buah longan ni?

Berborak-borak dalam 30 minit, nampak dia tertarik dengan cerita saya dalam blog ni tentang buah longan yang sangat ohsem tu :) Memang betul tau, saya cerita dari hati ke hati, dari hasil di depan mata..bukan main tipu punya! Dengan isinya yang tebal, bau yang harum wangi, rasanya manis, sedap, lazat semua ada! ;) Boleh tengok link INI yang saya kongsikan tentang pokok longan kami ni. Mesti klik tau kalau tak, tak feel baca cerita saya ni hehe..

Lepas call, kami sambung berwhatsapp :)


 
 
Masa borak-borak tu dia tanya lebih kurang macam ni,

"Akak jual tak, kami nak beli"

Saya tak pernah jual pun buah longan ni. Dan takkan jual kot buat masa sekarang sebab buah dia sikit belum lebat sangat untuk dijual.. bagi-bagi dengan family dan jiran-jiran pun cukup buat rasa je, macam mana nak jual kan?

Dia sambung, " dapat setengah kilo pun jadilah. Berapa akak nak jual?"

Akak pun tak pasti bila lagi dia nak berbuah.. Sebab, last dia berbuah banyak la jugak baru-baru ni masa pertengahan bulan puasa yang lepas. Bulan Julai 2015. Masa tu dapatlah merasa bagi jiran-jiran keliling rumah sorang sikit. Lepaskan mengidam orang kata hehe..

Lepas jerebu yang teruk 2 minggu sudah, kelmarin nampaklah langit yang cantik serta matahari bersinar indah.. rindu sangat saat-saat macam ni.. lepas En Billy hantar anak-anak pergi sekolah, saya pun ambil kesempatan bersiar-siar di laman. Laman kecik je pun nak bersiar-siar. Dah lama tak tengok pokok-pokok hijau kami ni.. sejuk mata :)

Pokok longan ping pong yang disinari mentari pagi.. tengok dari jauh takde apa pun. Nampak pokok hijau je.. sebab silau matahari..

 
shaklee kajang, shaklee cheras, shaklee semenyih, longan ping pong, kantan permai, buah sedap, lazat, manis, isi tebal
 
 
Pergi belek dekat-dekat, terpandang pulak kat bahagian atas pokok longan ping pong ni. Tiba-tiba rasa.. Eh... seronoknya!
 

shaklee kajang, shaklee cheras, shaklee semenyih, longan ping pong, kantan permai, buah sedap, lazat, manis, isi tebal


Nampak tak? Nampak tak?

Eh.. betullah.. bukan mimpi lah hahaha!

Saya kalau benda-benda yang excited ni memang over sikit. Jadi, jangan buang masa, cepat-cepat pergi masuk dalam rumah pastu amik handphone pastu amik gambar! Tunjuk kat En Billy.

Saya tanya dia, "Ni pucuk baru ke bunga?"

Dia kan pakar, so dia mesti tau berbanding saya yang tau tengok-tengok je ni hehe..

Dia jawab, "Bunga".

Suami ku kalau jawab memang takyah berpatah-patah perkataan. Ringkas dan padat, asalkan saya faham. Tak faham karang ku tanya lagi haha..

Maka berbunga-bungalah hati saya sebab lepas ni buah longan ping pong saya akan kembali mengganas. Insha Allah.. Syukur Alhamdulillah! :)

Ni kat bahagian lain pulak. Banyaknya bunga dia.. Betul-betul berbunga-bunga hatiku girang riang gembira melihatnya! :D


shaklee kajang, shaklee cheras, shaklee semenyih, longan ping pong, kantan permai, buah sedap, lazat, manis, isi tebal


Bulan Julai - Oktober, bermakna selang 3 bulan juga buah longan  ni keluarkan hasil. Tahun lepas pun macam tu.. so boleh disimpulkan pokok longan kami ni akan berbuah dalam tempoh selang 3 bulan dengan izin Allah..

Buat Pegawai FAMA yang call akak tempoh hari, insha Allah akak cuba kumpulkan setengah kilo untuk awak. Nanti dah ada dan masak buahnya, akak bagitahu.

Moga kali ni hasilnya melebihi jangkauan kami. Semua bunga menjadi buah dan semua buah sempat membesar dengan baik sekali agar dapat kita sama-sama merasa nikmat Allah.

AMIN ~ semoga Allah perkenankan.. :)


Jadi bijak sekarang, jom rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya di 012-679 0484.

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details smile emoticon

Opsss.. sebelum terlupa, harini LAST DAY OFFER!



Pendaftaran ahli baru (yuran keahlian RM80) dan disertai dengan pembelian apa-apa jenis produk Shaklee, melayakkan anda dapat sebotol Vitalea ini (harga runcit RM88) secara PERCUMA!

** Tawaran sah sehingga 31 Oktober 2015!
** Belian 2 botol Vivix anda automatik menjadi ahli Shaklee yang SAH!
** TUNAI RM37 sebagai bonus automatik masuk ke akaun anda pada 14hb bulan berikutnya!

Nak amalkan Shaklee boleh dapatkannya daripada saya dengan HARGA ISTIMEWA!

Jannatul Fadilah 012-679 084 ♡

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Kajang Perdana, Jelok Impian, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Tesco Semenyih dan kawasan berdekatan.

Poslaju / Gdex / pengeposan ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Saya sedang mencari rakan niaga Shaklee di Miri, Sarawak, Sabah dan seluruh Borneo.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan keahlian PERCUMA serta menjana pendapatan dengan Shaklee:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...