Monday, November 9, 2015

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA - EXCLUSIVE BREASTFEEDING AWARENESS 2015: JOM SUSUKAN BAYI COMEL KITA!

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA - EXCLUSIVE BREASTFEEDING AWARENESS 2015 - JOM SUSUKAN BAYI COMEL KITA!


Shaklee Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi SemenyihKajang Perdana, Jelok Impian , penyusuan susu ibu, penyususan ekslusif 6 bulan, breastfeeding awareness 2015, MOH, KKM, Kempen Penyusuan Susu Ibu 2015
Anieq Sufi sedang menyusu - gambar dari koleksi peribadi saya

Kesedaran tentang makanan terbaik untuk bayi comel kita seawal usia baru lahir semakin mendapat perhatian di kalangan para ibu bapa tak kira sama ada ibu bapa baru atau ibu bapa yang pernah menerima kelahiran bayi sebelum ini.

Bagi anda yang beragama Islam, agama kita telah menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak seawal dia dilahirkan lagi sehingga usia mereka 2 tahun.

Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."



SHAKLEE KAJANG, shaklee cheras, shaklee semenyih, shaklee bangi, Shaklee Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian , penyusuan susu ibu, penyususan ekslusif 6 bulan, breastfeeding awareness 2015, MOH, KKM, Kempen Penyusuan Susu Ibu 2015
Penyusuan hari pertama selepas kelahiran Anieq Sufi

Banyak kajian telah membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik atau susu buatan dari susu lembu atau soya. Walaupun macam-macam kajian dibuat untuk menyamakan khasiat susu-susu tersebut dengan khasiat susu ibu namun susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Mana boleh lawan ciptaan terhebat ini kan :)

Khasiat dan keperluan susu ibu adalah tepat mengikut usia bayi kita. Kita tak perlu risau cukup atau tidak zat yang bayi kita dapat sebab ia memang cukup lengkap! Khasiat susu ibu sangat banyak. Masa mula-mula saya dapat info ni, saya sendiri terpegun dengan apa yang saya baca. MEMANG MENAKJUBKAN!

Antara kelebihan dan khasiat susu ibu yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu buatan ialah ia mengandungi DHA dan AA yang bagus untuk otak bayi, Vitamin A, Beta carotene, Vitamin B6, Vitamin B8 (Inositol), Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin K, Thiamine, Riboflavin, Niacin, Folic acid, Pantothenic acid, Biotin, Minerals, Calcium, Sodium, Potassium, Iron, Zinc, Chloride, Phosphorus, Magnesium, Copper, Manganese, Iodine, Selenium, Choline, Sulpher, Chromium, Cobalt, Fluorine, Nickel, Metal dan pelbagai zat lain yang kita sendiri mungkin belum pernah dengar! Subhanallah...

Boleh klik SINI untuk ketahui pelbagai lagi khasiat susu ibu.

Proses pengeluaran susu ibu bermula selepas bayi dilahirkan. Para ibu bapa harus faham bahawa susu ibu pada waktu ini hanya ada beberapa titis susu pekat likat berwarna kekuningan yang kita panggil kolostrum. Ia adalah susu pertama kita selepas kelahiran bayi yang mengandungi sel darah putih yang tinggi serta antibodi untuk melawan penyakit. Perasan tak, bayi yang menyusu ibu memang jarang sakit. Jika sakit, mereka cepat sembuh sebab antibodi mereka lebih kuat. Lagi satu yang perlu anda tahu, sejurus lepas kelahiran bayi, susu kita bukan terus banyak ya!

Cuba tengok gambar di bawah ni:

Shaklee Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian , penyusuan susu ibu, penyususan ekslusif 6 bulan, breastfeeding awareness 2015, MOH, KKM, Kempen Penyusuan Susu Ibu 2015
Kredit: babiesfirstlactation.com dan ratuhati

Macam saya beritahu di atas tadi, keperluan dan zat susu ibu adalah mengikut usia bayi kita. Maka, untuk bayi baru lahir yang hanya mempunyai perut sebesar buah ceri, susu awal (kolostrom) yang dia perlukan hanyalah sekitar 5 -7ml iaitu lebih kurang 1- 14 sudu kecil sahaja untuk sekali minum. Dalam seminggu, perutnya memerlukan hanya kira-kira 60ml susu ibu sahaja iaitu bersamaan 1.5 - 2oz susu untuk sekali minum. Begitu juga bila usianya masuk sebulan, cukup kira-kira 5oz sahaja susu ibu yang bayi kita perlukan untuk sekali minum. Sebab tu jangan risau jika susu kita belum dapat beroz-oz atau tak banyak susu keluar jika dipam pada hari-hari pertama kelahiran bayi kita.

Klik SINI:
JANGAN SIA-SIAKAN 30 MINIT PERTAMA SELEPAS ANDA BERSALIN!

Tips saya, susukanlah bayi-bayi anda secara terus, jangan dipam dahulu untuk tempoh seawal sehari hingga 3 hari lepas kelahirannya. Ini adalah untuk membantu merangsang pengeluaran susu secara semulajadi dari payudara. Namun, jika anda atau bayi menghadapi masalah dan memerlukan anda mengepam, ia adalah jauh lebih baik dari anda berikannya susu sintetik.

Pengalaman penyusuan saya pada hari kelima berpantang, klik SINI: SUSU SAYA BANYAK!

Gambar bawah ni ialah hasil 7oz susu perahan lepas Anieq menyusu. Syukurlah rezeki dapat susu yang banyak. Nampak botol susu masih ada wap menunjukkan suhu air susu yang suam sesuai untuk bayi kita minum.


Shaklee Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian , penyusuan susu ibu, penyususan ekslusif 6 bulan, breastfeeding awareness 2015, MOH, KKM, Kempen Penyusuan Susu Ibu 2015


Anak dah menyusu dan dapat pam lagi untuk kosongkan payudara supaya susu baru dapat dihasilkan pula :) Lena Anieq tidur sebab kekenyangan..


Shaklee Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian , penyusuan susu ibu, penyususan ekslusif 6 bulan, breastfeeding awareness 2015, MOH, KKM, Kempen Penyusuan Susu Ibu 2015


Boleh rujuk gambar di bawah untuk cara-cara penyusuan yang betul.


Kredit: susuibu.com

Mungkin anda perasan, saya adalah ibu yang telah berjaya menyusukan kedua-dua orang anak saya iaitu Aien Nur Sophea (7 tahun) dan Anieq Sufi (4 tahun) dengan susu ibu sepenuhnya sehingga usia mereka 2 tahun 6 bulan. Ramai yang kagum dengan kesungguhan saya. Pada waktu menyusukan Aien dulu, saya juga seorang ibu yang bekerja namun masih mampu memberikan dia khasiat terbaik susu ibu sepenuhnya :) Masa menyusukan Anieq pula, Alhamdulillah tak ada masalah besar malah rezeki dia memang murah dengan air susu.


Shaklee Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian , penyusuan susu ibu, penyususan ekslusif 6 bulan, breastfeeding awareness 2015, MOH, KKM, Kempen Penyusuan Susu Ibu 2015
Anak-anak susu ibu saya. Cergas, cerdas, bijak dan sihat :) 

Secara jujurnya, saya memang mengamalkan pengambilan suplemen (makanan tambahan dan milk booster) untuk membantu perjalanan penyusuan saya selama kira-kira 5 tahun secara total. Mengapa saya perlukannya? Apa kaitannya susu ibu, tubuh ibu dan vitamin yang saya amalkan?

Kita mengandaikan bahawa payudara ibu adalah seperti paip air, susu hanya akan keluar apabila ibu mengepam atau bayi menghisap.



Gambar ihsan : google

Jika dilihat dari anologi paip, jika besar bukaan, maka banyaklah air paip yang keluar. Sama juga dengan penyusuan susu ibu. Lagi kerap bayi menyusu atau ibu mengepam maka lebih banyak susu ibu yang dapat dikumpul.

Badan ibu pula ibarat tangki air, jika tangki sentiasa penuh, pengaliran air tiada masalah. Sama dengan dunia penyusuan. Ibu perlulah konsisten minum air dan memastikan cukup 3 liter air sehari, insyaALLAH penghasilan susu tidak terjejas.

Vitamin yang saya makan pula berfungsi seperti water pump (pam air). Ia membantu agar penghasilan susu ibu berlaku lebih cepat dan pengaliran susu lebih lancar. Untuk mendapatkan kesan yang optimum, ibu perlu pastikan badannya mendapat cukup 3 liter air atau lebih dalam sehari. Ia tak beri kesan pada ibu jika konsep asas penyusuan tidak diguna pakai.

Ketahui LIMA Tips Berjaya Dalam Penyusuan Sehingga Dua Tahun. Klik SINI :)

Penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi kesan baik terhadap bayi, namun ibu yang menyusukan juga mendapat manfaatnya. Ibu-ibu yang menyusukan bayi ini berisiko rendah untuk mendapat penyakit barah buah dada, kanser ovary, mengurangkan stress, mengelakkan meroyan selepas bersalin, selain itu membakar kalori dengan itu membantu si ibu cepat kurus! Betul tau, saya kekal langsing sepanjang tempoh menyusukan anak-anak saya dulu. Tengok gambar ni. Maintain slim kan? ;)




Dengan perkongsian saya yang tak seberapa ini, saya doakan lebih ramai ibu yang dapat memahami dan mampu menjayakan penyusuan susu ibu untuk bayi masing-masing secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun dengan lebih cemerlang.
 
Tidak kira berapa usia anda dan bayi anda, jika anda mempunyai info dan ilmu berkaitan penyusuan susu ibu, ia adalah satu bonus buat anda. Mudah bagi anda untuk terus komit dan memberikan khasiat terbaik susu ibu buat bayi comel anda. Ilmu kini di hujung jari sahaja, boleh google dan baca. Jika perlu, dapatkan khidmat daripada pakar penyusuan yang anda percaya. Juga boleh berhubung dengan saya agar dapat saya kongsikan pengalaman saya secara langsung dengan anda :)

Kredit : http://www.infosihat.gov.my/infosihat/

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...