Tuesday, December 6, 2016

AKSI JAGUH BERBASIKAL PADA USIA 5 TAHUN

Tu dia!





Ada gaya kan? :)




 Hahaha.. dia perasan pulak ada orang amik gambar dia :p







Anieq memang berani. Basikal tu besar sangat kat dia. Tapi babah beli jugak yang ni sebab saiz kecik sikit tu alang-alang je nak beli. Esok dia besar sikit dah nampak kecik kat dia nanti.

Tengoklah, kaki dia menjengket je sebab tak sampai lagi. Ni pun dah adjust turunkan paling bawah dah ni. 




Masa mula-mula naik, beberapa kali jugak dia terjatuh. Tapi budak lasak memang macam ni, tak pernah serik. Maka, bermulalah episod jatuh basikal + luka lutut + luka siku + berparut. Nama pun anak lelaki memang la kan.. cehhh.. pandai la ummi cakap.. padahal dalam hati mula-mula tu risau jugak tengok luka sana sini. Sekarang ummi pun dah kebal dah. Tak heran sangat.

Mana la tau dia ni esok dah besar jadi jaguh basikal negara. Siapa tahu, kan :)

Projek Cuti Sekolah ~ Ais Krim Malaysia Sedap!



Gambar pun kabur-kabur je.. maklumlah amik direct dari peti sejuk beku. Wap-wap semua keluar :)

Ni projek sebelum tidur malam tadi. 

Al-kisah.. sekarang kan cuti sekolah. Petang semalam Aien Anieq main basikal lepastu Aien balik amik duit nak beli Ais Krim Malaysia. Diorang balik bawak sorang sebatang yang dia beli kat kedai hujung jalan ni. Sebatang dijual dengan harga 50 sen. Ummi diorang yang tak berapa puas hati dengan harga jualan barang-barang sekarang ni terus cakap.. "Mahalnya!"

Sebenarnya pada saya harga tu tak berbaloi.. sebab Aien punya ais krim milo takde susu, Anieq punya pulak perisa pisang yang kaler hijau tu. Lepastu, saiz aiskrim dia pendek je. Memang tak berbaloilah pada saya. Kalau ok sepadan dengan harga takpela.. Terus ummi cakap kat anak-anak, "malam ni kita buatlah nak? Lagi puas hati. Dapat banyak.." Kebetulan plastik aiskrim haritu ada banyak lagi.

Budak-budak ni apalagi, punyalah suka sebab ummi ajak buat aiskrim kegemaran diorang :D

Gambar dalam proses kejadian tak sempat diambil. Ni gambar dah beku. 




Lama dah tak buat sendiri. Memang puas hati. Milo boleh letak banyak-banyak.. susu pun sesedap rasa. Aiskrim sirap tu letak gula lebih sikit kasi manis. Nanti bila beku barulah sedap rasanya. Jadilah Aiskrim Malaysia yang sangat sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang :)



Dari pagi bangun tidur pukul 5.30am Anieq mintak nak makan aisrim ni. Pukul 10am baru ummi bagi. Pagi-pagi sangat nanti sejuk dada.




Babah pun tumpang sekaki.




Sepanjang hari ni dah berapa batang asikrim laku. Anieq sempat cakap, "Semalam Kak Long punya aiskrim tu tak sedap. Ummi buat ni lagi sedap". Senyum kembanglah ummi. mujurlah tak koyak seluar haha.. 

Nanti dah habis yang ni kalau rajin ummi buat perisa lain pulak. Eh apa pulak kalau. Memang kena rajin pun.. dah anak-anak gemar. Jimat banyak sangat. Apa yang penting, puas makan dan puas hati!

Resipi Aiskrim Malaysia Sedap nanti kita kongsikan :)

Daaa...

Thursday, November 24, 2016

DIAM MEMBISU APA MAKNANYA?

Jika korang memang follower tegar blog www.buahatikusayang.com  sejak sekian lama (ceh.. lama la sangat ada follower ;p) mesti korang perasan. Blog saya ni dah lebih sebulan dah tak update.

Kenapa ek..

Saya malas ke? Saya sakit ke? Saya busy sangat ke? Padahal Fb dengan Instagram saya elok je hari-hari ada update.

Bukan.. bukan apa.. saya sebenarnya ada projek besar untuk group bisnes Shaklee saya sejak beberapa bulan lepas. Alhamdulillah semuanya dah settle dengan selamat :)

TAPI,

Ada perkara yang lebih membuatkan emosi dan mood nak update blog tu jadi swing sikit. Ni sebenarnya biasa dan normal dalam keadaan sekarang. Cuma jangan ikutkan perasaan je. Dan perkara tu lama-lama akan hilang dengan sendiri seiring dengan pertambahan usia saya ;) Apelah yang saya bebelkan ni?

Ini haa sebenarnya...




Urine Pregnancy Test (UPT) pada usia kandungan 5 minggu :) Line satu lagi tu masih samar-samar tak berapa clear.

Gambar bawah pula, tak puas hati nak jugak buat kali kedua. Takpe.. UPT ni saya beli yang murah je kat Guardian. So tak terasa sangat kalau pakai dan buang :) 




Nampak beza kan UPT kedua kat gambar atas ni.  

Result atas: Double line yang menunjukkan keputusan hamil tapi tak berapa terang. Ujian dibuat pada hari ke-7 period lambat datang. So selalunya memang tak berapa terang line kedua tu.

Result bawah: Double line yang menunjukkan keputusan hamil yang jelas dan terang. Ujian dibuat pada hari ke-14 period lambat datang. So saya confirmkan dengan diri sendiri yang saya mengandung lagi! Syukur Alhamdulillah... kalau ikut kiraan (period cycle saya 28-30 hari) maka usia kandungan memasuki minggu ke-6. 

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar! Comelnya dia...




Sejak kes molar pregnancy sebelum mengandungkan  Aien dulu, doktor memang berjaga-jaga sikit kalau saya pregnant. Awal-awal ni memang details sangat saya kena check. Dikhuatiri kes yang sama berulang.. sebab sekali dah kena memang boleh kena semula.. nauzubillah..

Biasanya bila kita scan pada usia kandungan 6 minggu, memang takkan nampak apa-apa melainkan titik hitam ni, Tapi sebenarnya dah ada terbentuk sifat dah janin ni. Nampak jelas kan titik tu? Sebab saya scan ikut bawah. Kalau ikut perut memang tak nampak apa. Maklumlah, rahim saya ke belakang sikit dan tebal pulak kulit perut tu ;)

So, doktor ambil ukuran panjang dia untuk dapatkan usia kandungan ni. Ikut ukuran, baru je 4 minggu lebih. Ikut kiraan period dah 6 minggu. Tapi takpe.. tunggu besar sikit doktor akan scan semula dan tentukan usia dia ikut ukuran dia nanti. Tak sabar rasanya!

Nanti kita sambung cerita lagi ye. Perjalanan kehamilan ke-5 untuk anak ketiga kami.. insha Allah :)

Saturday, October 15, 2016

SELAMAT HARI JADI UMMI ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

SELAMAT HARI JADI UMMI ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Lamanya gambar ni dalam hp saya. Dah lebih sebulan. Takpela.. yang penting, harini saya nak publish kat sini sebab kena paksa haha :P

Hasil kerja anak sulung yg umurnya nak masuk 8 tahun bulan Disember ni. 


Birthday ummi dia 2 September lepas. Umur Ummi dia? Biarlah rahsiaaaaa... ;p

Ni isi dalam kad tu. Bacalah dengan penuh kasih sayang :)




Ummi dan anak sulungnya, Aien Nur Sophea yang kreatif lagi bijak! Beza umur kami 28 tahun.Tapi ummi akan pastikan masa umur Aien 20 tahun, Umi dan Aien nampak macam adik dengan kakak aje ;)




Nak beli Shaklee boleh dapatkannya dari kami.

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda! 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang 

Thursday, August 25, 2016

DUIT RAYA UNTUK KAWAN-KAWAN ANIEQ ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

DUIT RAYA UNTUK KAWAN-KAWAN ANIEQ ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Semenjak dua menjak ni saya ada sindrom suka up cerita lama. Orang dah abis raya, saya baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal duit raya ni haa.. ;P

Ni kisah Anieq dan kawan-kawan tadika dia. Kejadian ni sebenarnya masa hari last sekolah sebelum beraya.

Pagi masa hantar Anieq ke tadika, kami hulurkan kat Cikgu Diana satu ikat duit RM1 untuk cikgu agih-agihkan kat anak-anak tadika ni. Masa bagi duit tu, ummi bagi duit je semata-mata, takde bagi sampul duit raya pun.. ummi cuma pesan kat cikgu untuk bagi sorang sikit. Lepas hantar Anieq, kami pun terus ke Semenyih, pergi melawat kubur arwah Papa.

Sampai je kat kubur arwah papa, dapat whatsapp dari cikgu. Terharu sangat baca mesej dari cikgu Diana..




Doa yang baik-baik tu adalah antara nikmat yang tak dapat dibandingkan dengan wang ringgit... moga malaikat pun turut mengaminkan sama.. insha Allah!

Banyak gambar yang dihantar. Terkejut jugak! Cepat betul cikgu melayan kerenah anak-anak tadika ni mereka dan menghias sampul raya untuk masukkan duit raya yang kami bagi tadi :)


Anieq dan duit rayanya :)

Semua Anieq tulis sendiri. Balik rumah mengadu tangan penat sebab cikgu suruh tulis banyak-banyak hehe.. ;p

Hasil tulisan budak umur 4 tahun setengah :) Cantik dan kemas je tulisan Anieq. Kalah ummi ;p


 

Tulisan pakai pen tu bukan Anieq punye ye hehe.. Yang nama ANIEQ je dia tulis sendiri. Yang cantik kemas sangat tu Cikgu Diana yang tulis :) 
 



Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Sunday, July 31, 2016

SET BERSALIN DAN PENYUSUAN MURAH BESERTA KONSULTASI EKSLUSIF

SET BERSALIN DAN PENYUSUAN MURAH BESERTA KONSULTASI EKSLUSIF


Setiap pelanggan saya akan diberikan konsultasi dan tips EKSLUSIF bersesuaian dengan suplemen yang anda beli dan masalah waktu bersalin serta masalah penyusuan anda. Ramai yang berpuas hati dengan konsultasi yg diberikan. Antaranya, Ros yang dah 30 hari bersalin secara czer namun luka masih belum baik. Gerun dengar kan?


Saya akan buat 1 entry tentang testimoni Ros makan Set Bersalin Shaklee kat entry akan datang. Boleh baca nanti ye :)

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Tuesday, July 5, 2016

SALAM AIDILFITRI.. ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Esok dah raya! Alhamdulillah.. cubaan dan dugaan sepanjang puasa Ramadhan berjaya kita lalui dengan tabah.

Jangan lupa, bagi anda yang nak dapatkan suplemen kesihatan Shaklee boleh hubungi saya :)


Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Tuesday, June 21, 2016

LONG-LASTING MAKEUP TIPS ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

LONG-LASTING MAKEUP TIPS ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Amboi.. tips mekap la pulak :)

Sebenarnya saya ada nak share dengan korang pasal mekap tau. Walaupun saya ni jarang nak bermekap-mekap sangat especially sejak ada anak-anak kecik sebab tau je la kan nak mekap ni selalu amik masa lebih sikit. Padahal saya ni kan nak cepat aje.. kesian pulak kat En Billy karang nak tunggu saya ni bermekap lama hehe.. so kalau mekap pun memang simple-simple je la. Asalkan muka nampak berseri sikit kira ok la kan ;) 

Biasa orang yang suka mekap ni saya tengok pandai betul dia jaga mekap. Lepas makan pun still nampak lagi kaler lipstick dia cantik. Ke dia touch up balik ek lepas makan tu??

 
 
 
 
Sebenarnya kan, memang mustahil nak kekalkan solekan atau makeup yang sentiasa elok sepanjang hari. Kalau pakai brand alat solek yang biasa-biasa tu lagi lah. Boleh kata kebanyakan dari kita menghadapi masalah makeup tak tahan lama dan pudar sebaik je lepas waktu makan tenghari. Betul tak? Macam saya cakap tadi.. biasanya kita tengok yang masih cantik mekap dia tu sebab diorang touch up balik selalunya. 
 
Tapi walaupun macam tu, mesti ada jugak yang still cantik dengan make up yang sempurna dari pagi sampai malam. Yang ni la best. Takyah nak selalu touch up bagai.. jimat masa dan tenaga serta jimat alat mekap tu sekali ;) Agak-agak korang, macam mana dia buat sampai mekap tu betul-betul tahan lama? Adakah dia pakai mekap berjenama yang mahal? Mahal pun tak semestinya tahan lama kan..? Apa kata kita korek rahsia diorang... jom!
 
Kat bawah ni ada beberapa long-lasting makeup tips yang boleh kita jadikan panduan. Saya amik kat Zalora ;p

 
1. Kulit yang segar
 
 
Paling penting kita kena pastikan kulit muka kita kelihatan segar dan tak berminyak. Jadi, gunakan oil-free primer dan jangan guna moisturizer terlalu banyak. Sedang-sedang aje cukup. Kalau banyak sangat penggunaan krim dan foundation, ia akan menyebabkan kulit kita kelihatan berminyak pulak.
 
 
2. Hydrating mask
Elakkan menggunakan moisturizer yang berlebihan tapi amalkan penggunaan hydrating mask sebelum kita memulakan solekan. Semua kena sederhana.

 
3. Gunakan semburan air (spray)
 
 
Korang tau tak, penggunaan setting sprays boleh membuatkan makeup kita tahan untuk tempoh yang lebih lama? Saya pun baru tahu ni hehe.. Apalagi, lepas ni kalau nak mekap tahan lama, jangan lupa guna setting sprays kat muka ye!

 
4. Gunakan base untuk eyeshadow
Pastikan kita gunakan eyeshadow yang berwarna lebih terang sebagai base sebelum menyapu warna yang lebih gelap.
 

 
 


5. Gunakan matte eyeshadow
Untuk solekan yang kemas dan tahan lama sepanjang hari, gunakan matte eyeshadow dan elakkan shimmer.


6. Gunakan warna eye shadow yang sama dengan eyeliner
Untuk memastikan garisan eyeliner kita tahan lebih lama, sapukan eyeshadow (warna yang sama) pada atas garisan eyeliner tersebut dan gunakan gel eyeliner.


7. Gunakan waterproof mascara


Gunakan waterproof mascara untuk solekan yang tahan lama sepanjang hari. Dan jangan lupa untuk memanaskan terlebih dahulu eye lash curler sebelum menggunakannya! Nanti tak jadi pulak lentik bulu mata kita hehe.. 

 


8. Gunakan matte lipstick
Untuk solekan bibir yang tahan lebih lama pulak, gunakan matte lipstick dan pastikan sebelum menyapu lipstick, kita gunakan scrub bibir dan lip balm dulu.
 


 
Nampak gayanya raya ni boleh la melaram dengan mekap tahan lebih lama bila dah tahu info ni. Tak susah mana pun kan sebenarnya nak kekalkan mekap kita tu. Lepastu kalau nak solat jangan lupa pakai NutriWhite Make Up Remover dulu kasi senang nak tanggalkan mekap ni semua sebelum amik wudhuk. Senang kan? :)

Kredit gambar: ihsan Google

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Sunday, June 19, 2016

SELAMAT HARI BAPA.. BABAH ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

SELAMAT HARI BAPA.. BABAH ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG


Ni namanya gambar di rumah. Tak sempat nak bercantik-cantik dah. Natural gitu. Nasib la ummi takde dalam gambar.. hahaha! :p

Apapun, kaulah insan terbaik dalam hidup kami wahai babah kepada anak-anakku..

WE LOVE U MORE THAN THAT ♡♡♡

Semoga kasih sayang dan pengorbanan babah kpd anak2 sentiasa mendapat ganjaran paling besar dari ALLAH..

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Wednesday, June 15, 2016

36 TAHUN SUDAH SUAMIKU.. BUAHATIKUSAYANG ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

36 TAHUN SUDAH SUAMIKU.. BUAHATIKUSAYANG ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Kejadian berlaku pada 29 Mei 2016 yang lepas. Harini baru nak masuk blog ;) Sambutan macam biasa tak ada sebab dah 'tua' kot hehe.. tapi macam biasa, kami memang akan ada makan-makan kat luar. Kali ni tempat makan pilihan ialah di Pizza Hut, melayan tekak Aien dan Anieq. Sebab si birthday boy pon tak tau nak makan apa, jadi menu ditanya kat anak-anak. Tak bosan kot anak-anak nak makan pizza. Memang kegemaran diorang termasuk kami mak paknya :)

Agenda pertama: Memilih pizza.
Anieq yang paling sibuk nampaknya.




Sementara pihak lelaki sibuk memilih menu, pihak gegurl sibuk selfie ;p




Kata sepakat memilih pizza baru bulan Mei. Nama dia Loaded Pocket! Penuh poket katanya :) Nampak menyelerakan sungguh kan dalam gambar ni. Kita tengok kejadian sebenarnya nanti...




Sambil menunggu pizza siap kita borak-borak.. selfie-selfie macam masa berCINTA dulu hehe..




Ok. Tak lama menunggu, pizza pun sampai.. Jeng jeng jeng... rupa sebenar Loaded Pocket. Sama tak? Kelihatan yang sebenar ni lebih full of cheese kan? Memang mabeles lah! Tengok makanan sedap-sedap  dalam bulan puasa memang abis la terliur dibuatnya hahaha...




Birthday boy nak potong Pizza Hut :)




Ternganga Anieq tengok cheese meleleh-leleh :0




Poket dia yang tak berapa nak loaded dengan Chicken + Mushroom. Kira ok la.




Pizza kedua, mana cukup 1 kalau kami makan anak beranak ;p




Macam biasa, dia paling sibuk :)




Makan banyak tapi menten selim melim sebab lasak




Aien pulak senyap-senyap je makan kat situ. Yang penting dapat makan kan Kaklong kan.. :)




Alhamdulillah, Ya Allah.. panjangkanlah usia suamiku sampai kami dapat terus bercinta, mencapai impian dan berbahagia bersama-sama di hari tua kami nanti.. Amin amin amin...

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

LAILATUL QADAR.. TEMUKANLAH AKU DENGANNYA ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

LAILATUL QADAR.. TEMUKANLAH AKU DENGANNYA ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.

Hari ini kita memasuki hari ke-10 Ramadhan dan malam ke -11 di bulan Ramadhan pada tahun ini.

Saya dapat tazkirah ni tahun lepas lagi. Jom kita baca sama-sama..



ihsan: google


7 PERKARA PENTING MENGENAI LAILATUL QADAR.

1. Pengertian lailatul qadar

Istilah “lailatul qadar” terdiri dari dua kata: “lailah” (Arab: ليلة) qadr” (Arab: قدر) yang artinya ‘kemuliaan’. Gabungan dua kata ini berarti “malam kemuliaan”. Karena itu, kita tidak menyebut “malam lailatul qadar” karena bererti ada kata “malam” yang berulang; “malam lailatul qadar” = “malam-malam qadar.” Dengan demikian, istilah yang lebih tepat adalah “lailatul qadar” atau “malam qadar”.

2. Keutamaan lailatul qadar.

“Lailatul qadar” lebih baik daripada seribu bulan, bersamaan setara dengan 83 tahun dan 4 bulan.

Allah berfirman dalam surah Al-Qadar ayat 2–3:

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ.{} لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْر{}ٍ

Ertinya:
Tahukah kamu apa itu lailatul qadar? Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (QS. Al-Qadar:2–3)


ihsan: google

Pada malam itu, diputuskan segala perkara yang ditetapkan, dan ditentukan pula takdir rezeki, ajal, dan segala sesuatu yang akan terjadi pada tahun tersebut.

Allah SWT berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 3–6:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ{} فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ{} أَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ{} رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم{}ُ

Ertinya:
“Sesungguhnya, Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi, dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu, diputuskan segala urusan yang telah ditetapkan. Keputusan dari Kami. Sesungguhnya, Kami yang mengutus (para rasul). Sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya, Dia adalah Dzat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Ad-Dukhan:3–6).

Menghidupkan lailatul qadar merupakan penyebab diampuninya dosa

Dari Abu Hurairah RA; Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:

“Barang siapa yang beribadah pada lailatul qadar karena dasar iman dan mengharap pahala maka diampuni dosanya yang telah berlalu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3. Bila datangnya lailatul qadar?

Tidak ada satu orang pun yang tahu waktu terjadinya lailatul qadar secara pasti,  karena ini adalah rahasia Allah SWT.

Hanya saja, Rasulullah SAW memberikan saranan agar mencari lailatul qadar di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir bulan Ramadan karena lailatul qadar berpeluang untuk terjadi pada malam-malam tersebut.

Dari Aisyah RA, bahawasanya  Rasulullah SAW selalu menghidupkan sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Beliau bersabda, “Carilah malam qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Barang siapa yang tidak mampu beribadah di awal sepuluh malam terakhir, hendaknya tidak ketinggalan untuk beribadah di tujuh malam terakhir.

Dari Ibnu Umar; Nabi SAW bersabda tentang lailatul qadar:
"Carilah di sepuluh malam terakhir. Jika ada yang tidak mampu maka jangan sampai ketinggalan ibadah di tujuh malam terakhir.” (HR. Muslim)

4. Bagaimana caranya untuk mendapatkan lailatul qadar

Di antara hikmah Allah SWT, menyembunyikan malam al-qadar, agar hamba-Nya berusaha untuk mencarinya pada setiap malam. Oleh karena itu, selayaknya seorang muslim menghidupkan malam-malam terakhir dengan berbagai macam ibadah untuk mendapatkan lailatul qadar, di antaranya:

A. I’tikaf di tempat ibadah.

Dari ‘Aisyah RA; bahwa Nabi SAW terbiasa i’tikaf pada malam terakhir bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan beliau. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

B. Menghidupkan malam dengan amalan  ibadah dan membangunkan keluarga untuk beribadah.

Dari Aisyah RA; bahwa ketika masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, Nabi SAW membangunkan keluarganya, menghidupkan malam-malamnya, dan mengetatkan kainnya. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

C. Mandi, berhias, dan memakai wangian pada waktu antara magrib ke  isya.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah RA bahwa ketika bulan Ramadan, Nabi SAW terkadang nabi tidur dan bangun beribadah. Akan tetapi, ketika masuk 10 hari terakhir, beliau mengencangkan sarungnya, menjauhi istri
-istrinya, dan mandi pada waktu antara maghrib sampai isya. Ibnu Jarir mengatakan, “Dahulu, para sahabat menganjurkan untuk mandi setiap malam pada sepuluh malam terakhir.”

5. Tanda-tanda lailatul qadar

Dari Ibnu Abbas RA bahwa Nabi  SAW bersabda tentang lailatul qadar  Dia adalah malam yang indah, sejuk, tidak panas, tidak dingin, di pagi harinya matahari terbit dengan cahaya merah yang tidak terang.” (HR. Ibnu Khuzaimah; dinilai sahih oleh Al-Albani)

6. Apa yang diucapkan ketika menjumpai lailatul qadar.

Ketika kita merasa bahwa di malam tertentu memiliki ciri-ciri seperti yang disebutkan dalam hadis Ibnu Abbas di atas, maka disyariatkan bagi kita agar memperbanyak membaca doa. Terutama bacaan yang diajarkan Rasulullah SAW kepada istri beliau Aisyah  RA sebagaimana disebutkan dalam hadis berikut:

Dari Aisyah RA “Saya bertanya, ‘Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam yang itu merupakan lailatul qadar, apa yang aku ucapkan?’ Nabis SAW menjawab, Ucapkanlah,

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ertinya:
‘Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf dan Maha Pemurah maka maafkanlah diriku.”” (HR. oleh At-Turmudzi dan Ibnu Majah).


ihsan: google


7. Apa tanda telah mendapatkan lailatul qadar

Banyak orang beranggapan bahwa orang yang mendapatkan lailatul qadar akan mengalami kasyaf di malam tersebut. “Kasyaf” sendiri artinya ‘terbukanya tabir gaib’, seperti: bisa melihat langit terbelah, malaikat datang, melihat cahaya di langit, atau tulisan lafal “Allah”, dan sebagainya. Semua anggapan ini adalah anggapan yang tidak bernas.

Syarat untuk mendapatkan lailatul qadar bukanlah harus mengalami hal-hal di atas. Setiap muslim yang melakukan amal apa pun di malam itu, dihitung dari mulai magrib sampai subuh, maka amalnya akan dinilai lebih baik daripada seribu bulan. Insya Allah.

Allah SWT  berfirman dalam surah, Al-Qadar:2–3:

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Ertinya:
Tahukah kamu apa itu lailatul qadar? Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (QS Al-Qadar:2–3)

Di akhir surat Al-Qadar, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Qadar ayat 5:

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya:
Ini adalah malam yang penuh keselamatan, sampai terbit fajar.” (QS.  Al-Qadar:5).


Ya Alah pertemukan kami dengan  lailatul qadar pada tahun ini,  terimalah semua amalan ibadah kami,  Mudah-Mudahan keberkatan Ramadhan pada tahun ini akan mendapatkan keredhaan-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA  KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Friday, June 10, 2016

SELFIE SIKIT! ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

SELFIE SIKIT! ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Gambar ni Anieq yang tangkap. Dia sibuk sangat nak amik gambar ummi pakai jubah Mia dari Feedmilk.. ummi bergaya la sekejap dengan jubah menyusu selamberselak ni. Bergambar dengan bunga longan kesayangan ummi. Tudung dari rekaan kawan sekolah rendah dulu, Puan Kinah dari Sakinah Scarf. Cantik kan :)


 
 
Sesekali jadi model baju Muslimah ;) Tak cukup tinggi je ni. Kalau tak, dah meletop dah saya sebagai model tau.. Hahaha!
 
Saya menggayakan Jubah Mia warna Bubble Gum. Warna kelabu dipadankan dengan pink lembut di bahagian hujung lengan. Ada 7 warna Jubah Mia ni. Boleh tengok kat SINI untuk kaler lain yang memang cantik-cantik! Rugi pulak rasanya sebab dah lama tak pakai high heel. Kalau tak, nampak la tinggi dan langsing sikit ummi Aien Anieq ni kan.. :p
 

 
 
Jubah Mia ni ada jahitan lebih sikit di bahagian depan baju. Cuba tengok gambar atas ni. Jadi, kalau dah beberapa bulan pregnant pun muat lagi nak pakai. Jimat sangat! Menyusu boleh, tak menyusu boleh. Pregnant pun boleh pakai, takde hal punya. Eh.. saya tak pregnant pun tau! Hahaha..
 
Kain dia sejuk je pakai. Masa amik gambar ni cuaca kat luar panas terik. Tapi saya masih selesa dengan jubah ni. Terima kasih kepada jurukamera part time saya, En Billy ku cayang sebab tolong amikkan gambar ni. Sporting betul suamiku :*
 
Ok. Jomlah kita selfie sikit! ;)


 
 
Mekap-mekap macam model betul la pulak kan.. mekap simple sekali-sekala je ;)
 



Ok, sesiapa yang berminat nak dapatkan jubah Mia sempena raya nanti bolehla cari di butik Feedmilk atau masuk ke FB Feedmilk dan terus hubungi pihak Feedmilk untuk order .

Nak suplemen penyusuan untuk bantu anda menyusukan bayi masa puasa ni boleh cari saya :)

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...