Friday, January 1, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: HOBI SI DIA MENANAM POKOK

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG: HOBI SI DIA MENANAM POKOK
 
Saja nak simpan kenangan dalam blog. Bukti Si Dia saya ni rajin tanam pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil.
 
Tekun dia. Fokus! Pandai dia campur-campur tanah jadikan tanah tu sesuai untuk tanam pokok. So bila tanah sesuai, pokok nanti pun elok suburnya, insha Allah. Haha.. saya memandai je cakap. Betul la tu kot ;)
 
 
 
Baru dia perasan awek dia amik gambar candid! :p
 
 
 
Sebenarnya ni gambar lama. Bila tah dah lupa.. tapi dalam tahun 2015 lah. Cuma baru harini saya nak masukkan dalam blog :) Tengok rambut dia pun gonjeng hehe.. masa ni pokok-pokok tu baru nak membesar.
 
Dari kiri: Daun sup, aloe vera, pandan
 
Dari kiri atas: pokok longan ping pong, herba oregano (rasanya lah heee..)
Dari kiri bawah: longan, delima, herba (lupa la nama dia sebab jarang guna)

Pokok herba yang saya lupa namanya. Oregano ke ni ya? Dah keluar akar baru en Billy tanam masuk pasu.

 
 

 
 

Pokok-pokok herba ni mula-mula memang subur. Lepastu baru-baru ni en Billy dah buang sebab dia memanjat-manjat bercampur dengan rumput dan pokok limau kasturi tu semua.. lagipun macam tak guna pun (atau saya yang tak tau nak guna hiks!)


Gambar kat bawah belah kiri ni pokok mulberry yang bff saya, Mil bagi. Mil pun husband dia suka tanam menanam ni. Sebelah dia tu anak pokok limau kasturi dari benih asal pokok kat laman rumah kami ni. Kalau perasan depan dia tu pokok serai yg en Billy saja cucuk kat pasu. Nanti dah besar baru pindahkan kat tanah. Sebelah kanan tu pulak anak pokok longan.


 
 
Bawah ni pokok serai yg en Billy dah cucuk kat tanah. Tadi kat pasu dia cucuk serai lain. Saja tanam banyak-banyak, nak tengok mana yang menjadi.
 

 
 
Bawah ni pulak anak-anak pokok yang dah ditransfer ke tanah
 

Dari kiri: Longan, delima
 
Bawah ni daun pandan pulak! :)



Sekarang di tahun baru 2016, pokok-pokok tu dah membesar dengan baik sekali. Tapi ada juga yang mati dan dah diganti baru macam pokok daun sup tu. Nanti saya amik gambar keadaan pokok-pokok ni sekarang so kita boleh bandingkan :)

Banyak juga yang kami dapat makan hasilnya sampai sekarang macam serai, daun kunyit, cili padi, limau kasturi dan daun sup yg ditanam baru. Syok jimat duit nak beli setakat 3 tangkai daun sup utk campur dalam sup ayam atau 2-3 batang serai nak masak gulai ayam atau 5biji limau kasturi untuk basuh ayam / ikan :) Mana tau tiba-tiba tekak nak makan tomyam, pergi keluar petik 5 helai daun limau purut, basuh2, koyak2.. campak dalam sup tomyam tu. Settle! :)

Nak amalkan Shaklee boleh dapatkannya daripada saya dengan HARGA ISTIMEWA!
Jannatul Fadilah 012-679 084 ♡


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
 
Poslaju / Gdex / pengeposan ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
 
Saya sedang mencari rakan niaga Shaklee di Miri, Sarawak, Sabah dan seluruh Borneo.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan keahlian PERCUMA serta menjana pendapatan dengan Shaklee:

H/P: 012-679 0484 atau
Email: buahatikusayang@gmail.com atau
FB: Jannatul Fadilah atau
Page: Buahatikusayang

Salam kasih sayang



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...