Friday, March 4, 2016

KENDURI KESYUKURAN, BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

KENDURI KESYUKURAN, BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Alhamdulillah pada 28 Februari 2016 iaitu hari Ahad lepas, Allah permudahkan hajat Kak Jan sekeluarga untuk buat kenduri kesyukuran kecil-kecilan sempena penutup cycle Shaklee Mac 2015/Feb 2016. Kami juga mengadakan sekali bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah ayah, papa, atuk-atuk, wan-wan, nenek-nenek kami serta seluruh muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia serta doa selamat untuk cycle baru Shaklee yang bermula Mac 2016/ Feb 2017 ini.




Terasa semangat membara lepas hajat terlaksana.. syukur sebab segalanya Allah permudahkan.

Sebenarnya rancangan nak buat kenduri datang tiba-tiba.. iaitu 2 minggu lepas, bila kak Jan suarakan kat En Billy, "Jom kita buat kenduri nak? Dah lama tak buat kenduri.."

Mulanya Kak Jan nak buat minggu lepas. Tapi sebab tiba-tiba sangat so En Billy cakap minggu depan lah. Boleh plan awal takdelah kelam kabut. I is ok je asalkan suami setuju kenduri tu on ;) Yelah, nak buat apapun kena dapat persetujuan suami sebab nanti dia jugak yang kena tolong siapkan macam-macam.. hiks!

Kami plan lepas zohor jemputan Jemaah Surau Taman Kantan Permai datang, adik beradik yang memang dah sampai awal, jiran-jiran pun dijemput sama so dimulakan dengan bacaan surah Yasin. Bacaan diketuai oleh imam surau, kat gambar bawah ni imam yang pakai serban dan jubah putih, pakai spek bersandar kat sofa.

Sejak full time ber Shaklee, Alhamdulillah En Billy selalu sempat ke surau berjemaah.. dah hampir jadi rutin harian. Subuh, Zohor, Asar, Isyak. Maghrib je kat rumah berjemaah dengan anak-anak dan isteri.. Surau pulak memang dekat dalam 50-60 meter je dari rumah. Rezeki lagi :)


 

Alhamdulillah.. ramai betul yang datang.. dalam rumah yang kecik ni full house!


 

Jemaah surau pulak tak disangka-sangka seramai ini.. Alhamdulillah ini juga antara rezeki.. En Billy anggar dalam 10 orang je. Tapi yang datang lebih dari tu. Ada dalam 20-30 orang jugak sebab sampai ke beranda penuh! Tu tak termasuk adik-beradik lelaki dan jiran-jiran.


 
 
Cantiknya awan dan langit. Cuaca sangat baik sekali. Panas meyengat! Mujur cuaca berangin.
 
Memang tak pernah jemputan datang seramai ini pada kenduri-kenduri sebelum ni. Dah rezeki diorang semua nak bacakan Yasin, tahlil dan doa ramai-ramai untuk kami sekeluarga.. insha Allah.. Alhamdulillah..
 
Menu hari tu simple sesimple nya.. tuan rumah aka Kak Jan masak sendiri sambil dibantu oleh Kak Long (kakak ipar). Kak Long siap tido umah kami sabtu malam tu. Adik beradik lain tolong kerja2 lain pada hari kejadian. Bahan-bahan nak masak tu Kak Jan dengan En Billy awal-awal dah ready. Senang pagi Ahad terus masak je.
 
Menu: Nasi putih, lemak labu manis, sup tulang, chicken wing BBQ, ulam-ulaman beli je kat pasar tani hari sabtu pagi sehari sebelum kenduri, serta lauk import dari ibu (mertuaku sayang... ). Ibu bawak gulai cili api ayam, udang tempoyak petai (sedapnyaaaa!), sambal belacan dan ulam tenggek burung pun ibu bawak sekali. Ada juga mi sup tulang pilihan jika nak makan yang ringan sikit.
 
Alhamdulillah.. sedap-sedap semuanya.. Gambar lauk pauk tuan rumah tak sempat pulak nak amik. Maklumlah orang paling sibuk gamaknya hehe.. 
 
Selesai majlis, hujan turun selebat-lebatnya menjelang Maghrib. Syukur atas segala nikmat yang Allah beri. Semoga Allah makbulkan doa-doa yang diaminkan untuk kami sekeluarga.. semoga bisnes Shaklee kami lebih maju jaya di masa-masa akan datang.. semoga cycle 2016/2017 ini yang terbaik dalam sejarah bisnes Shaklee kami. Juga semoga arwah-arwah kesayangan kami berbahagia di alam barzakh sana.. semoga rezeki kami sekeluarga mencurah-curah selebat hujan yang turun lepas kenduri tu..

Amin.. amin.. amin Ya Rabbal Alamin..

Jadi bijak sekarang, jom rebut peluang mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik! Cari saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...