Saturday, March 5, 2016

SELAMAT HARI LAHIR ANAK-ANAKKU SAYANG.. ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

SELAMAT HARI LAHIR ANAK-ANAKKU SAYANG.. ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG




Sebetulnya, birthday Aien ke-7 ialah pada 11/12/2015 lepas. Birthday Anieq ke-4 pulak pada 26/11/2015 lepas.. masa bulan 11 tu ummi diorang kat Italy, ikut trip Shaklee. Masa bulan 12 tu pulak cuti sekolah, so pergi cuti-cuti Malaysia lah kami sekeluarga. Majlis birthday pun tak tahu bila nak buat. Bulan Januari pulak sibuk baru masuk sekolah.. jadi bulan Februari 2016 ada masa sikit hujung bulan sebelum musim mengawan tiba (musim cuti sekolah bulan 3). Masa tu akan lagi sibuk dengan kenduri bertunang dan kahwin sepupu-sepupu kami.

Kak Jan dan En Billy cadang buat sekali harung dengan kenduri doa selamat, tahlil arwah dan kesyukuran. Senang dan jimat belanja ;) Kali ni ada kek tempahan khas dari jiran TKP 18 ni juga.. Thanks Shima sebab sudi luangkan slot birthday cake untuk anak-anak I walaupun kita tanya haritu seminggu sebelum majlis :)

Cantik sangat kek ni. Mula-mula tema dia Upin Ipin je. Tapi Shima gatal pulak pergi offer theme Frozen sebab ummi pilih kaler kek blue + pink hahaha.. ummi budak-budak ni dah tak tau nak pilih. Last-last kena tanya anak-anak jugak diorang nak kek yang macam mana.

Balik je sekolah, Aien cakap dia nak kek Frozen. Anieq cakap dia nak kek Upin Ipin. Abis la.. takkan nak tempah 2 kek kot? Hahaha.. nasib baik baker tu jiran kan.. tak malu ummi nak minta 2 tema dalam 1 kek hehe.. Shima layankan aje. Baik tau jiran baker I ni ;)

So jadilah kek dia camni.. :)



Puas hati sangat sebab kek ni cantik + sedap! Krim dia memang tak muak dan tak manis sangat. Sedang elok je kat tekak kita. Kek ni Kak Jan pilih vanilla sebab Kak Jan ada plan nak buat moist choc cake jugak sebagai hidangan sampingan. Perasan tak, ada kesan calit kat bunga depan kaler biru tu. Ni Anieq punya kerja sebab tak tahan tengok krim cantik tu :)

Deco meja kek ni Makdak dengan Makjang Aien Anieq yang tolong settlekan ikut contoh deco yang ummi bagi. Deco amik idea dari FB. Alhamdulillah, ringan sikit ada kakak-kakak yg kreatif tolong hiaskan. Cuma sediakan barang-barangnya aje :) Beli barang-barang deco ni kat DIY Tesco Kajang. Dekat sikit dengan rumah.




Ops.. terlupa lagi satu. Tukang buat kek ni baik tau sebab Kak Jan beli kek sebijik je tapi Shima bagi extra apam polkadot + strawberry dengan sebijik lagi choc moist cake yang halus sedap jugak! Lupa Kak Jan nak amik gambar apam-apam comel dan gebu tu. Tapi memang sedap tau! Kalau ada siapa-siapa nak tempah kek untuk sebarang majlis, boleh la order dengan Shima. Ni page dia: KLIK SINI (tolong promote hehe)
 
Acara nyanyi lagu birthday dan potong kek. Anieq dan Aien dikelilingi kawan-kawan dan sepupu-sepupu. Seronok Anieq. Kawan tadika dia, Adwa dengan Najwa yang kat belakang dia tu (eh.. lebih kurang je nama hehe..) datang dan bawak hadiah sekali. Kawan-kawan rapat Aien je yang tak dapat datang sebab ada hal. Tapi bff Aien aka sepupu dia, Laila kat sebelah dia tu datang bawak hadiah jugak. 


 
Birthday boy yang tak tahan tengok kek cantik ;) Delisha anak Pak Ngah pun sama jeling-jeling je nampaknya hehe..



Amboi.. makin banyak jari comel yang nak mencolek krim kek tu hahaha...
 


Ngap je la Anieq hehe..


Ni lepas nyanyi-nyanyi. Nama Aien dengan lilin 7 tahun je yang sempat diselamatkan. Nama Anieq dengan lilin 4 tahun tak sempat ummi amik gambar, dah dikebas budak-budak ;)




Acara bukak hadiah pulak dihadiri oleh budak berdua ni je diiringi oleh ummi dengan si kembar Aqil. Budak-budak lain sibuk lagi main kat luar.. Ada jugak yang dah balik. Aien Anieq yang tak sabar-sabar nak bukak hadiah. Ummi dah penat so layankan aje la.. :)



Macam-macam hadiah diorang dapat. Duit pun ada! Senyuman gembira anak-anak syurga ummi babah :)
 


Terima kasih kepada semua yang sudi datang memeriahkan majlis yang tak seberapa ni. Terima kasih juga sebab bagi banyak hadiah dan duit sekali :)

Haaaa.. ni Aien dengan Anieq pesan:

" JANGAN LUPA BELI SHAKLEE DENGAN UMMI KAMI YA!" :)
 
Promo ESP tau bulan ni. Jimatttt sangat!
 
 
Jadi bijak sekarang, jom rebut peluang mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik! Cari saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 


COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...