Sunday, April 24, 2016

LONGAN PING PONG SIRI EL NINO ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

LONGAN PING PONG SIRI EL NINO ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG



Rezeki. Musim panas El Nino sekarang ni pokok longan kesayangan kami tetap gembira berbuah dengan lebat. Kejadiannya jika dilihat ada sedikit terganggu sebab biasanya buah longan ni membesar dengan jayanya dengan isi yg tebal manakala bijinya kecil. Tapi cuaca panas sekarang ni membuatkan buah tak berapa besar tapi walaupun kecik sikit dia tetap maintain manis dan sedap! Biasanya buah yg kecik lagi Anieq petik dan makan tak ada rasa apa. Tapi kali ni kecik2 cili api. Manis sedap macam buah yg besar!


Nampak beza sangat buah kali ni. Warna pun coklat kemerahan, agaknya sebab banyak dapat cahaya matahari yg sangat terik. Yg hijau pun biasanya masih keras dan muda tapi kali ni sedap manis rasa dia! Isi pun tak berapa tebal macam selalu..


Apapun alhamdulillah.. pokok ni sentiasa nak ikut musim dia berbuah 3x setahun tanpa fail sejak mula mengeluarkan hasil thn 2011 dulu.. cuma masih belajar nak berbuah so hasilnya tak berapa meriah macam pokok matang yg lain. Dia masih muda.. kiranya umur dia baru nak masuk 6 thn, iaitu umur saya tanam dia kat tanah. Saya pulak, mana saya pandai tanam hehe.. en billy yg tolong tanamkan. Saya kalau siram pokok pandaila 😄

Besar ni dia sekarang.. berbuah lebat2 ye longan ummi sayang. Boleh ummi bagi2 dengan jiran lebih sikit nanti. Pastu kalau terlebih2 sangat, ummi suruh Aien dgn Anieq jual kat kawan2 sekolah nanti hehe..


Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya: 

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Email: buahatikusayang@gmail.com
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.  

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang ♥

Saturday, April 23, 2016

DAPAT BELON SUKE SANGAT! PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Malam kelmarin pergi DIY sebab babah nak beli alatan untuk bukak tayar kereta. Sambil tu kami beli pelampung untuk budak2 ni sebab yang lama tu dah bocor. 

Masa berjalan2 keliling DIY ni ada seekor panda bear DIY ger ready nak happykan budak2 dengan belon. Anak2 ummi ni kalau nampak belon memang berhantu lah! Syok betul dapat belon mcm dapat duit je kekdahnya ;) Aien ajak ummi amik belon kat panda sebab dia kononnya malu nak mintak sendiri. Biasalah anak dara i ni kadang mood elok tak malu, kadang jadi pemalu sangat hehe..

Ummi pun dengan muka tak malu tolong mintakkan belon bagi pihak anak2..sebab kalau malu mesti  tak dpt punye kan.. ayat ni diucap berulang kali kat anak2 supaya diorang sebati. Kalau malu, tak dapat!




So dapatlah sorang satu belon. Lepas tu sambung shopping.. bergambar tak malu pulak ye korang! :)



Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Email: buahatikusayang@gmail.com
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang ♥

Wednesday, April 20, 2016

BILA NAMANYA ANAK WAHM PENJUAL SHAKLEE ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG :)

BILA NAMANYA ANAK WAHM PENJUAL SHAKLEE ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG :)


Ini adalah projek ummi iaitu seorang WAHM (Working At Home Mom) untuk memenuhi permintaan anaknya nak bawa ke sekolah tengahari semalam. Projek ni dinamakan "Projek Batu Seremban" atau dulu kami masa kecik-kecik panggil dia Batu Simbang ;)

Sebenarnya ummi dah buat dari lepas Asar kelmarin. Tapi sebab tak puas hati, ia berterusan sampailah pagi semalam.


 
 
Kononnya mula-mula nak buat 5 buah aje untuk dia sorang, tapi Si Aien aka anak penjual Shaklee dari rumah ni cakap nak jual kat kawan-kawan kelas dia. Baca 'JUAL' ye. Batu seremban pun dia ada hati nak jual! hehe.. dah tu dia hari-hari dari kecik tengok mak pak dia menjual Shaklee kan, mana tak terikut :) So, ummi ni kasi support kat anak.. rasa buat 10 je la kot. Ikut mampu sebab mesin jahit takde kat rumah. Jahit manual je ni.. amik masa dan tenaga jugak!
 

 
 
Jahitan kat atas ni namanya jahitan Kia. Kalau tak silap lah sebab dah lama kan..lupa nama jahitan tu. Mujurlah ummi dia ni berkebolehan la juga menjahit pakai tangan. Masa zaman kecik-kecik dulu sibuk menjahit entah apa-apa hehe.. zaman sekolah pulak ada belajar ERT (Ekonomi Rumah Tangga) untuk subjek KH (Kemahiran Hidup). Belajar jugak la jahitan dan kena buat projek jahitan untuk PMR. Kalau korang amik PMR tahun 1995 dulu mesti ingat kita semua kena buat kerja kursus tabung elektronik. Tabung tu kena siapkan sarung dia sekali. Kena praktikkan ilmu jahitan kita. Ada yang main tipu suruh mak jahitkan atau lagi best pergi hantar kedai jahit! Tapi ummi Aien ni jahit sendiri. Dapat A lagi untuk projek tu :)
 
Yang ni ummi pakai benang hitam sebab senang nampak. Takdela nak kena focus sangat kat mata jahitan tu. Ala.. ummi jahit pun asal melekat kat kain dan kukuh sudah.. hehe..
 
Hasilnya... Inilah yang dikatakan terlebih rajin :)
 
Sampai 15 buah seremban yang terhasil! Kata nak buat 10 je tadi haha.. Tapi mula-mula tu ummi buat ikut ukuran tangan orang dewasa. Besar pulak. Ummi babah main syokla tangan besar. Tu yang ummi tak puas hati dan buat kali kedua pulak ikut ukuran tangan Aien. Ngam-ngam comel je 10 biji batu simbang yang kiut-miut. Kain perca ni ummi amik kat rumah Wan Anjang budak-budak ni. Wan Anjang ialah mak ummi aka Wan Cheras. Pembaris dengan pen dakwat basah tu untuk kerja-kerja mengukur kain sebelum dipotong.
 

 
 
Pukul 11 lebih Aien balik dari sekolah agama, eksaited dia tengok dah siap dah batu simbang idaman kalbu. Ummi pun terus ajar dia main. Kesian pulak kat dia sebab tak pernah main padahal ummi dulu umur 6 thn kot dah terror. Budak zaman sekarang kan canggih dengan smart phone, ipad, tablet etc.. mana la nak main macam tu kan..
  
Bila tengok kiut je batu simbang tu, Aien jadi sayang pulak nak jual. Eh eh budak ni.. semalam beria-ia kata nak jual. Penat tau ummi buat lebih.
 
Pastu dia cakap,
 
"Kak Long nak sewakan je lah. Boleh jugak dapat duit"
 
Hahaha.. babah dia gelak je. Nasiblah dapat anak bijak berniaga dari kecik. Biar besar nanti terus buat bisnes Shaklee macam Ummi Babah ye :)
 



Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Thursday, April 7, 2016

KE US LAGI KITA? ORLANDO PULAK KALI NI :) ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

KE US LAGI KITA? ORLANDO PULAK KALI NI :) ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG




Alhamdulillah.. inilah perkataan yang paling sesuai diucapkan sekarang ni.. terima kasih Allah atas sekali lagi nikmat peluang ke luar negara dengan trip mewah 5 bintang ditaja sepenuhnya oleh SHAKLEE!

Dulu... nak naik kapal terbang berjalan jauh hanyalah di luar jangkaan malah hanya angan-angan je.. dengan tiket flight beribu RM untuk seorang.. senyum je lah yang saya mampu.

SEKARANG... siapa sangka setiap tahun saya berpeluang naik kapal terbang, ke luar Negara.. yang memakan masa bukan sejam dua.. malah berbelas-belas jam di atas awan sana.

Kali pertama ke rumah ALLAH pada Mei tahun 2014. 8 jam je [JE ;)]
Kali kedua ke USA.. 16 jam kalau tak silap! pada Ogos 2014.
Kali ketiga ke Italy.. 13 jam pada November 2015.
Kali ini ke ORLANDO, Florida, USA pada Ogos 2016! Insha Allah..

Seronok sebab semua ditaja. Sesen pun duit saya tak keluar. Best? Mestilah best.. yang takde perasaan je akan kata tak best :p

Dari petang tadi dapat sms dari Shaklee




Tak cukup dengan sms, siap emel lagi




So tadi saya jenguklah sekejap apa yang ada dalam system tu untuk register.


 

Sebenarnya kami ada 3 pilihan untuk trip Shaklee ni. Sekiranya layak dan cukup point, maka boleh pilih sama ada nak pergi ke 1) US atau 2) Umrah (trip luar Negara) atau 3) trip dalam Negara. Yang penting, semuanya ditanggung beres! Bawak badan dan pakaian je. Kalau nak shopping, sila bawa duit lebih hehe..

Jika anda nak merasa trip mewah Shaklee ni, boleh mulakan langkah dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee SEKARANG! Step by step akan saya ajarkan setelah berdaftar di bawah organisasi Rafhanah kami.

Boleh kongsikan gambar-gambar trip Shaklee yang telah saya sertai dalam FB saya: Jannatul Fadilah. 

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Wednesday, April 6, 2016

KENAPA ALLAH MENYAMPAIKAN SALAM BUAT KHADIJAH R.HA ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

KENAPA ALLAH MENYAMPAIKAN SALAM BUAT KHADIJAH R.HA ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Khadijah r.ha sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. Kata Syeikh Tariq Jamil, tidak kurang daripada 200 tampal.

Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya,

"Saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama".

Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

***
Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.
Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,

"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah."

Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih nikmat dari segalanya.
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.
Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.

Tak apalah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.

Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.

Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.🌹🌹

Kredit: Maklang, Whatsapp dari Keluarga Mohamed

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang
 

Tuesday, April 5, 2016

BELI VITAMIN ASAS PUN OK JE :) ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

BELI VITAMIN ASAS PUN OK JE :) ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Tengah malam ni.. musim panas El Nino sekarang. Alhamdulillah tadi panas terik ni tiba-tiba guruh berdentum-dentum dan hujan turun selebat-lebatnya. Syukurlah sejuk sikit bumi Kajang ni. Sebelum tidur saya siap-siap menelan ni dulu. Kata nak cantik untuk suami tercinta kan.. dan nak sihat luar dalam kan.. so, kena la rajin makan suplemen.

Tadi dah telan Ostematrix, ni saya telan ni pulak.




Gabungan VIVIX, COLLAGEN POWDER DAN PERFORMANCE DRINK sebab panas sangat cuaca tadi. Kita bancuh sekaligus dan terus minum. Leganya..... :) 

Tak dinafikan ramai yang tak berapa ada bajet untuk amalkan Vivix dan Collagen Powder. Jangan risau, anda tetap boleh menjaga kesihatan secara maksimum dengan vitamin-vitamin asas di bawah ini:




Kenapa amik ni pun dah kira OK je? Sebab..

1. Ianya lengkap bagi keperluan seharian. Vitamin asas ada 3: Vitalea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C 500mg. Jika ada bajet lebih, bagus sangat ambil sekali ESP (Protin) yang sangat penting untuk sel yang sihat.

2. Harga yang sangat berpatutan untuk kesihatan optimum bagi pengambilan selama 1 - 6 bulan. Kalau kira total harga pengambilan sehari untuk 4 vitamin termasuk ESP ni tak sampai RM2 pun! Sarapan kita hari-hari lagi mahal kot ;) PM Kak Jan untuk harga special ya!




3. Tidak perlu ke farmasi untuk mendapatkannya.. hanya dihujung jari anda, pesanan melalui whatsapp/sms: 012-679 0484, pm di FB: Jannatul Fadilah atau emel je ke: buahatikusayang@gmail.com.

4. Lepas selesai bayaran, Kak Jan hantarkan ke tempat anda. Kalau dekat kita COD, yg jauh kita GDEX atau Poslaju je. Esok atau lusa insha Allah sampai mengikut lokasi. Sangat mudah!




5. Tidak perlu pening dengan jawapan sales girl di farmasi yang mengatakan "mana2 vitamin pun sama kak..." sebab Shaklee terbukti  "Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam".

6. Vitamin yang berkualiti.. asli dan tidak memerlukan kehadiran silika gel untuk memastikan ianya tidak ter-oksida. Nanti dah beli bolehlah belek dalam botol vitamin Shaklee anda :)


Klik untuk lebih besar. tercomel pulak gambar ni ;)

7. Vitamin yang mempunyai nama dan lebih 50 tahun dalam pasaran dunia. Di Malaysia je dekat 30 tahun dah! Bila dah lama di pasaran, maka ia menunjukkan apa? Mestilah sebab kualiti dan keberkesanannya. Betul tak? :)


So, apa tunggu lagi? Kalau nak cuba, cuba vitamin asas ni dulu.. Kalau sesuai, boleh cuba yang lain macam Vivix, Collagen dan lain-lain pulak kan? :) Vitamin Shaklee ni BEST! Tak percaya kena try dulu...

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

Monday, April 4, 2016

EH EH.. PROMOSI OMEGA, VITAMIN C DENGAN VITALEA CHEWABLE LAH! BEST NI!!! ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG :)

EH EH.. PROMOSI OMEGA, VITAMIN C DENGAN VITALEA CHEWABLE LAH! BEST NI!!! ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG :)




Wuhuuuuuu... jangan lepaskan promosi best ini ya! Sepanjang bulan April 2016 ni!!!

Setiap belian Omega Guard / Vitamin C 6 botol akan dapat 1 botol PERCUMA,
Setiap belian 2 botol Omega / Vitamin C pula akan dapat diskaun 5%!




Selain itu, dengan belian 6 botol Omega Guard anda layak dapat keahlian seumur hidup Shaklee PERCUMA! Juga BONUS TUNAI bernilai RM30+ akan masuk ke akaun anda pada 14hb Mei depan!

Jadi, tunggu apa lagi?

Nak kekal sihat tak? JOM JOM JOM... makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

AMALAN SEMASA MEMASAK PENGIKAT KASIH ANAK-ANAK DAN KELUARGA ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

AMALAN SEMASA MEMASAK PENGIKAT KASIH ANAK-ANAK DAN KELUARGA ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG



Cute tak Hello Kitty ni? ;) Gambar selingan je ni hehe..

Apa yang saya nak kongsikan ialah 11 tips amalan semasa memasak yang dapat mengikat kasih sayang dalam keluarga. Saya dapat ilmu ini dari majalah PaMa online. Kita boleh amalkan untuk keluarga kita juga.. ada antara tips ni saya memang amalkan.. patutla Aien dengan Anieq termasuklah babah diorang selalu puji kata ummi masak sedap walaupun masakan tu entah apa2 je ummi masak ;)Rupanya ada kaitan dengan apa yang ummi buat masa memasak tu.

Jom amalkan 11 tips ni:



1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud:

“ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”




3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud:

“ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud:

“Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud:

“Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya".

Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya".

Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”




6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.




7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud:

“Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.




11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak. Inilah RAHSIA masakan ummi Aien dengan Anieq ni sentiasa SEDAP! ;)

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Kredit gambar: Google

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...