Monday, April 4, 2016

AMALAN SEMASA MEMASAK PENGIKAT KASIH ANAK-ANAK DAN KELUARGA ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

AMALAN SEMASA MEMASAK PENGIKAT KASIH ANAK-ANAK DAN KELUARGA ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG



Cute tak Hello Kitty ni? ;) Gambar selingan je ni hehe..

Apa yang saya nak kongsikan ialah 11 tips amalan semasa memasak yang dapat mengikat kasih sayang dalam keluarga. Saya dapat ilmu ini dari majalah PaMa online. Kita boleh amalkan untuk keluarga kita juga.. ada antara tips ni saya memang amalkan.. patutla Aien dengan Anieq termasuklah babah diorang selalu puji kata ummi masak sedap walaupun masakan tu entah apa2 je ummi masak ;)Rupanya ada kaitan dengan apa yang ummi buat masa memasak tu.

Jom amalkan 11 tips ni:



1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud:

“ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”




3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud:

“ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud:

“Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud:

“Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya".

Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya".

Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”




6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.




7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud:

“Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.




11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak. Inilah RAHSIA masakan ummi Aien dengan Anieq ni sentiasa SEDAP! ;)

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Kredit gambar: Google

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...