Wednesday, April 20, 2016

BILA NAMANYA ANAK WAHM PENJUAL SHAKLEE ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG :)

BILA NAMANYA ANAK WAHM PENJUAL SHAKLEE ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG :)


Ini adalah projek ummi iaitu seorang WAHM (Working At Home Mom) untuk memenuhi permintaan anaknya nak bawa ke sekolah tengahari semalam. Projek ni dinamakan "Projek Batu Seremban" atau dulu kami masa kecik-kecik panggil dia Batu Simbang ;)

Sebenarnya ummi dah buat dari lepas Asar kelmarin. Tapi sebab tak puas hati, ia berterusan sampailah pagi semalam.


 
 
Kononnya mula-mula nak buat 5 buah aje untuk dia sorang, tapi Si Aien aka anak penjual Shaklee dari rumah ni cakap nak jual kat kawan-kawan kelas dia. Baca 'JUAL' ye. Batu seremban pun dia ada hati nak jual! hehe.. dah tu dia hari-hari dari kecik tengok mak pak dia menjual Shaklee kan, mana tak terikut :) So, ummi ni kasi support kat anak.. rasa buat 10 je la kot. Ikut mampu sebab mesin jahit takde kat rumah. Jahit manual je ni.. amik masa dan tenaga jugak!
 

 
 
Jahitan kat atas ni namanya jahitan Kia. Kalau tak silap lah sebab dah lama kan..lupa nama jahitan tu. Mujurlah ummi dia ni berkebolehan la juga menjahit pakai tangan. Masa zaman kecik-kecik dulu sibuk menjahit entah apa-apa hehe.. zaman sekolah pulak ada belajar ERT (Ekonomi Rumah Tangga) untuk subjek KH (Kemahiran Hidup). Belajar jugak la jahitan dan kena buat projek jahitan untuk PMR. Kalau korang amik PMR tahun 1995 dulu mesti ingat kita semua kena buat kerja kursus tabung elektronik. Tabung tu kena siapkan sarung dia sekali. Kena praktikkan ilmu jahitan kita. Ada yang main tipu suruh mak jahitkan atau lagi best pergi hantar kedai jahit! Tapi ummi Aien ni jahit sendiri. Dapat A lagi untuk projek tu :)
 
Yang ni ummi pakai benang hitam sebab senang nampak. Takdela nak kena focus sangat kat mata jahitan tu. Ala.. ummi jahit pun asal melekat kat kain dan kukuh sudah.. hehe..
 
Hasilnya... Inilah yang dikatakan terlebih rajin :)
 
Sampai 15 buah seremban yang terhasil! Kata nak buat 10 je tadi haha.. Tapi mula-mula tu ummi buat ikut ukuran tangan orang dewasa. Besar pulak. Ummi babah main syokla tangan besar. Tu yang ummi tak puas hati dan buat kali kedua pulak ikut ukuran tangan Aien. Ngam-ngam comel je 10 biji batu simbang yang kiut-miut. Kain perca ni ummi amik kat rumah Wan Anjang budak-budak ni. Wan Anjang ialah mak ummi aka Wan Cheras. Pembaris dengan pen dakwat basah tu untuk kerja-kerja mengukur kain sebelum dipotong.
 

 
 
Pukul 11 lebih Aien balik dari sekolah agama, eksaited dia tengok dah siap dah batu simbang idaman kalbu. Ummi pun terus ajar dia main. Kesian pulak kat dia sebab tak pernah main padahal ummi dulu umur 6 thn kot dah terror. Budak zaman sekarang kan canggih dengan smart phone, ipad, tablet etc.. mana la nak main macam tu kan..
  
Bila tengok kiut je batu simbang tu, Aien jadi sayang pulak nak jual. Eh eh budak ni.. semalam beria-ia kata nak jual. Penat tau ummi buat lebih.
 
Pastu dia cakap,
 
"Kak Long nak sewakan je lah. Boleh jugak dapat duit"
 
Hahaha.. babah dia gelak je. Nasiblah dapat anak bijak berniaga dari kecik. Biar besar nanti terus buat bisnes Shaklee macam Ummi Babah ye :)
 



Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...