Sunday, April 24, 2016

LONGAN PING PONG SIRI EL NINO ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

LONGAN PING PONG SIRI EL NINO ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG



Rezeki. Musim panas El Nino sekarang ni pokok longan kesayangan kami tetap gembira berbuah dengan lebat. Kejadiannya jika dilihat ada sedikit terganggu sebab biasanya buah longan ni membesar dengan jayanya dengan isi yg tebal manakala bijinya kecil. Tapi cuaca panas sekarang ni membuatkan buah tak berapa besar tapi walaupun kecik sikit dia tetap maintain manis dan sedap! Biasanya buah yg kecik lagi Anieq petik dan makan tak ada rasa apa. Tapi kali ni kecik2 cili api. Manis sedap macam buah yg besar!


Nampak beza sangat buah kali ni. Warna pun coklat kemerahan, agaknya sebab banyak dapat cahaya matahari yg sangat terik. Yg hijau pun biasanya masih keras dan muda tapi kali ni sedap manis rasa dia! Isi pun tak berapa tebal macam selalu..


Apapun alhamdulillah.. pokok ni sentiasa nak ikut musim dia berbuah 3x setahun tanpa fail sejak mula mengeluarkan hasil thn 2011 dulu.. cuma masih belajar nak berbuah so hasilnya tak berapa meriah macam pokok matang yg lain. Dia masih muda.. kiranya umur dia baru nak masuk 6 thn, iaitu umur saya tanam dia kat tanah. Saya pulak, mana saya pandai tanam hehe.. en billy yg tolong tanamkan. Saya kalau siram pokok pandaila 😄

Besar ni dia sekarang.. berbuah lebat2 ye longan ummi sayang. Boleh ummi bagi2 dengan jiran lebih sikit nanti. Pastu kalau terlebih2 sangat, ummi suruh Aien dgn Anieq jual kat kawan2 sekolah nanti hehe..


Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya: 

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Email: buahatikusayang@gmail.com
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.  

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...