Saturday, May 7, 2016

SEBULAN LAGI MENJELANG RAMADHAN ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

SEBULAN LAGI MENJELANG RAMADHAN ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Alhamdulillah.. insha Allah bulan depan 6/6/16 kita semua akan mula berpuasa. Bagi saya, tahun ni sesi yang penuh mencabar bermula kembali sebab kami nak ajar Anieq pulak puasa. Anieq kalau nak ikut tahun kelahiran, umur dia 5 tahun. Sama umur macam kami mula ajar Aien puasa. Macam Aien dulu, untuk Anieq ni kami akan terap cara yang sama juga. Slowly ajar, insha Allah boleh punya!

Jadi untuk menggalakkan mood Ramadhan tu datang, saya nak aplikasi idea yang member merangkap downline saya bagi ni. Dia share aktiviti yang boleh dibuat untuk menaikkan semangat anak-anak untuk berpuasa. Thanks Aida dan Mil :)

Dari haritu Anieq mintak ummi lukis RAINBOW. Dia nak warnakan. So, idea datang melaluinya.. Saya lukiskan rainbow, bagi anak-anak warna. Aktiviti colouring ni memang seronoklah kat diorang :)


 
 
Anieq tekun mewarna. Senang diajar. Adik kaler ikut yang ummi buat ni ok? "OK"
 

 
 
Aien macam ada yg tak puas hati nampaknya tu hehe.. Selingan ~ Shaklee di mana-mana. Tu... beg guni Shaklee kat sana tu.... ;p
 

 
 
Oh.. rupanya Aien tengah fikir nak tambah apa lagi kat rainbow tu.. dan dia dapat idea lepas ummi suruh tulis pasal puasa.. hanger kecik sebagai peneman ;)
 
Ummi suruh tulis Selamat Berpuasa je. Aien tulis, "Selamat Hari Berpuasa" ayat tu dia bina sendiri. Ada kelakar sikit ayat tu tapi takpelah. Usaha dia nak menulis so kena puji sikit.
 
Ummi kata, "Pandai Kak Long!"  Meleret-leret la senyum dia sampai ke telinga bila dipuji ;) ;) ;)
 

 
 
Anieq pun ikut jejak. Dia tulis lagi la ke hulu ke hilir perkataan Selamat Berpuasa tu hahaha!
 

 
 
Mula-mula dia tulis nama dia dulu, "ANIEQ" kat tengah rainbow. Lepastu dia tulis "Selamat" kat atas nama tu. Pastu dia tulis "Berpuasa" kat atas rainbow pulak! Hahaha! Sempat jugak dia lukis pokok-pokok kat tepi rainbow tu. Tak kisahla anak, asalkan siap dan capai matlamat hehe.. cantik jugak budak umur 4 tahun ni warna kan? :)
 


Muka macam kena paksa senyum je ;)


Ni hasil kerja Aien. Dia taknak kaler pekat-pekat sebab sayang pensel warna katanya. Dia suka warna macam tu. Mana-mana la Kak Long.. asalkan siap jugak! Ada gunung dan matahari kat tengah gunung :)



Ni pun mata dah ngantuks je nampaknya
 
Lepas settle semua, barulah boleh tidur. Kalau tak, asyik tanya ummi je.. "bila kita nak kaler rainbow" ;)
 
Ummi pesan dengan diorang, kita dah dekat nak puasa ni. Siapa nak puasa? Dua-dua kata NAK! Syukur.. lega hati ummi. Lepasni kena get ready mental fizikal untuk latih diorang puasa especially Anieq. Aien dah 3x dia puasa. Tahun lepas pun ok sangat-sangat. Bila difikirkan balik kesian pulak tengok beria-ia dia puasa macam org dewasa padahal baru darjah 1.. Tapi takpe, asuh sejak kecik ni senang bila dah besar nanti.. Insha Allah...
 
Untuk puasa nanti, tentulah ada suplemen khas untuk anak-anak... ummi babah pun boleh amalkan juga. Inilah juga suplemen untuk Aien sepanjang proses dia belajar puasa tahun-tahun sebelum ni. Lecithin je saya tak bagi dia. Yang lain WAJIB ambil untuk bertahan lebih lama masa puasa.
 
Last year Aien puasa sampai ke Labuan, menyambut Mascel Master Aishah. Bertahan dari awal pagi pukul 4 ke Stesen Putrajaya naik KLIA express ke KLIA. Naik flight dan sampai Labuan. Ke hotel berjalan juga sikit di bawah panas terik matahari. Sampai nampak air je kat hotel tu dia jadi cair.. tapi ummi tahan. Tak bagi dia berbuka sebab dah pukul 6.30ptg. Sayangnya kalau berbuka kan.. Ye, dan dia mampu bertahan sampai berbuka pukul 7pm di Labuan. Ummi pun terharu kuatnya Aien. Umur belum 7 tahun pun masa tu. Alhamdulillah Set Puasa ni memang membantu!
 
 
Set Puasa
 
Nanti saya share kebaikan dan fungsi setiap vitamin Set Puasa ni. Order dibuka sekarang ye! :)

Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...