Tuesday, June 21, 2016

LONG-LASTING MAKEUP TIPS ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

LONG-LASTING MAKEUP TIPS ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Amboi.. tips mekap la pulak :)

Sebenarnya saya ada nak share dengan korang pasal mekap tau. Walaupun saya ni jarang nak bermekap-mekap sangat especially sejak ada anak-anak kecik sebab tau je la kan nak mekap ni selalu amik masa lebih sikit. Padahal saya ni kan nak cepat aje.. kesian pulak kat En Billy karang nak tunggu saya ni bermekap lama hehe.. so kalau mekap pun memang simple-simple je la. Asalkan muka nampak berseri sikit kira ok la kan ;) 

Biasa orang yang suka mekap ni saya tengok pandai betul dia jaga mekap. Lepas makan pun still nampak lagi kaler lipstick dia cantik. Ke dia touch up balik ek lepas makan tu??

 
 
 
 
Sebenarnya kan, memang mustahil nak kekalkan solekan atau makeup yang sentiasa elok sepanjang hari. Kalau pakai brand alat solek yang biasa-biasa tu lagi lah. Boleh kata kebanyakan dari kita menghadapi masalah makeup tak tahan lama dan pudar sebaik je lepas waktu makan tenghari. Betul tak? Macam saya cakap tadi.. biasanya kita tengok yang masih cantik mekap dia tu sebab diorang touch up balik selalunya. 
 
Tapi walaupun macam tu, mesti ada jugak yang still cantik dengan make up yang sempurna dari pagi sampai malam. Yang ni la best. Takyah nak selalu touch up bagai.. jimat masa dan tenaga serta jimat alat mekap tu sekali ;) Agak-agak korang, macam mana dia buat sampai mekap tu betul-betul tahan lama? Adakah dia pakai mekap berjenama yang mahal? Mahal pun tak semestinya tahan lama kan..? Apa kata kita korek rahsia diorang... jom!
 
Kat bawah ni ada beberapa long-lasting makeup tips yang boleh kita jadikan panduan. Saya amik kat Zalora ;p

 
1. Kulit yang segar
 
 
Paling penting kita kena pastikan kulit muka kita kelihatan segar dan tak berminyak. Jadi, gunakan oil-free primer dan jangan guna moisturizer terlalu banyak. Sedang-sedang aje cukup. Kalau banyak sangat penggunaan krim dan foundation, ia akan menyebabkan kulit kita kelihatan berminyak pulak.
 
 
2. Hydrating mask
Elakkan menggunakan moisturizer yang berlebihan tapi amalkan penggunaan hydrating mask sebelum kita memulakan solekan. Semua kena sederhana.

 
3. Gunakan semburan air (spray)
 
 
Korang tau tak, penggunaan setting sprays boleh membuatkan makeup kita tahan untuk tempoh yang lebih lama? Saya pun baru tahu ni hehe.. Apalagi, lepas ni kalau nak mekap tahan lama, jangan lupa guna setting sprays kat muka ye!

 
4. Gunakan base untuk eyeshadow
Pastikan kita gunakan eyeshadow yang berwarna lebih terang sebagai base sebelum menyapu warna yang lebih gelap.
 

 
 


5. Gunakan matte eyeshadow
Untuk solekan yang kemas dan tahan lama sepanjang hari, gunakan matte eyeshadow dan elakkan shimmer.


6. Gunakan warna eye shadow yang sama dengan eyeliner
Untuk memastikan garisan eyeliner kita tahan lebih lama, sapukan eyeshadow (warna yang sama) pada atas garisan eyeliner tersebut dan gunakan gel eyeliner.


7. Gunakan waterproof mascara


Gunakan waterproof mascara untuk solekan yang tahan lama sepanjang hari. Dan jangan lupa untuk memanaskan terlebih dahulu eye lash curler sebelum menggunakannya! Nanti tak jadi pulak lentik bulu mata kita hehe.. 

 


8. Gunakan matte lipstick
Untuk solekan bibir yang tahan lebih lama pulak, gunakan matte lipstick dan pastikan sebelum menyapu lipstick, kita gunakan scrub bibir dan lip balm dulu.
 


 
Nampak gayanya raya ni boleh la melaram dengan mekap tahan lebih lama bila dah tahu info ni. Tak susah mana pun kan sebenarnya nak kekalkan mekap kita tu. Lepastu kalau nak solat jangan lupa pakai NutriWhite Make Up Remover dulu kasi senang nak tanggalkan mekap ni semua sebelum amik wudhuk. Senang kan? :)

Kredit gambar: ihsan Google

Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...