Thursday, August 25, 2016

DUIT RAYA UNTUK KAWAN-KAWAN ANIEQ ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

DUIT RAYA UNTUK KAWAN-KAWAN ANIEQ ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Semenjak dua menjak ni saya ada sindrom suka up cerita lama. Orang dah abis raya, saya baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal duit raya ni haa.. ;P

Ni kisah Anieq dan kawan-kawan tadika dia. Kejadian ni sebenarnya masa hari last sekolah sebelum beraya.

Pagi masa hantar Anieq ke tadika, kami hulurkan kat Cikgu Diana satu ikat duit RM1 untuk cikgu agih-agihkan kat anak-anak tadika ni. Masa bagi duit tu, ummi bagi duit je semata-mata, takde bagi sampul duit raya pun.. ummi cuma pesan kat cikgu untuk bagi sorang sikit. Lepas hantar Anieq, kami pun terus ke Semenyih, pergi melawat kubur arwah Papa.

Sampai je kat kubur arwah papa, dapat whatsapp dari cikgu. Terharu sangat baca mesej dari cikgu Diana..




Doa yang baik-baik tu adalah antara nikmat yang tak dapat dibandingkan dengan wang ringgit... moga malaikat pun turut mengaminkan sama.. insha Allah!

Banyak gambar yang dihantar. Terkejut jugak! Cepat betul cikgu melayan kerenah anak-anak tadika ni mereka dan menghias sampul raya untuk masukkan duit raya yang kami bagi tadi :)


Anieq dan duit rayanya :)

Semua Anieq tulis sendiri. Balik rumah mengadu tangan penat sebab cikgu suruh tulis banyak-banyak hehe.. ;p

Hasil tulisan budak umur 4 tahun setengah :) Cantik dan kemas je tulisan Anieq. Kalah ummi ;p


 

Tulisan pakai pen tu bukan Anieq punye ye hehe.. Yang nama ANIEQ je dia tulis sendiri. Yang cantik kemas sangat tu Cikgu Diana yang tulis :) 
 



Nak kekal sihat tak? Jom makan suplemen Shaklee! Hubungi saya:

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...