Tuesday, December 6, 2016

Projek Cuti Sekolah ~ Ais Krim Malaysia Sedap!



Gambar pun kabur-kabur je.. maklumlah amik direct dari peti sejuk beku. Wap-wap semua keluar :)

Ni projek sebelum tidur malam tadi. 

Al-kisah.. sekarang kan cuti sekolah. Petang semalam Aien Anieq main basikal lepastu Aien balik amik duit nak beli Ais Krim Malaysia. Diorang balik bawak sorang sebatang yang dia beli kat kedai hujung jalan ni. Sebatang dijual dengan harga 50 sen. Ummi diorang yang tak berapa puas hati dengan harga jualan barang-barang sekarang ni terus cakap.. "Mahalnya!"

Sebenarnya pada saya harga tu tak berbaloi.. sebab Aien punya ais krim milo takde susu, Anieq punya pulak perisa pisang yang kaler hijau tu. Lepastu, saiz aiskrim dia pendek je. Memang tak berbaloilah pada saya. Kalau ok sepadan dengan harga takpela.. Terus ummi cakap kat anak-anak, "malam ni kita buatlah nak? Lagi puas hati. Dapat banyak.." Kebetulan plastik aiskrim haritu ada banyak lagi.

Budak-budak ni apalagi, punyalah suka sebab ummi ajak buat aiskrim kegemaran diorang :D

Gambar dalam proses kejadian tak sempat diambil. Ni gambar dah beku. 




Lama dah tak buat sendiri. Memang puas hati. Milo boleh letak banyak-banyak.. susu pun sesedap rasa. Aiskrim sirap tu letak gula lebih sikit kasi manis. Nanti bila beku barulah sedap rasanya. Jadilah Aiskrim Malaysia yang sangat sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang :)



Dari pagi bangun tidur pukul 5.30am Anieq mintak nak makan aisrim ni. Pukul 10am baru ummi bagi. Pagi-pagi sangat nanti sejuk dada.




Babah pun tumpang sekaki.




Sepanjang hari ni dah berapa batang asikrim laku. Anieq sempat cakap, "Semalam Kak Long punya aiskrim tu tak sedap. Ummi buat ni lagi sedap". Senyum kembanglah ummi. mujurlah tak koyak seluar haha.. 

Nanti dah habis yang ni kalau rajin ummi buat perisa lain pulak. Eh apa pulak kalau. Memang kena rajin pun.. dah anak-anak gemar. Jimat banyak sangat. Apa yang penting, puas makan dan puas hati!

Resipi Aiskrim Malaysia Sedap nanti kita kongsikan :)

Daaa...

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...