Thursday, February 16, 2017

PUAS MAKAN FREE!

Siapa hantu Meat Ball IKEA mesti perasan menu ni. Sedapnya!




Hari Sabtu minggu lepas, kami pergi shopping perabot sikit kat IKEA Cheras. Memandangkan hujung minggu je yang kami mampu nak balik Cheras dari Kajang, maka pilihan balik minggu lepas tu yang paling tepatlah kiranya. 

Sambil nak balik jenguk mak, nak COD 2 Set buy 1 Free 1 Lecithin dan 1 set buy 1 Free 1 Alfalfa sekali dengan Vitamin E Shaklee kat Shima jiran belakang rumah mak. Sekali nak COD kat Kak Zah kat Jalan 52 Bukit E. Malamnya pulak plan nak COD ke Pandan Indah Set Bersalin Shaklee kat Kak Yusniza yang nak bersalin esok tapi sebelum tu kami singgahla shopping dulu. Senang nanti balik terus singgah je hantar Shaklee.

Gerak dari Kajang pukul 11.00am so sampai Cheras dah tengahari. Masuk je IKEA terus cari department barang yang nak dibeli. Lama jugak membelek-belek.. biasalah kalau dah masuk IKEA kan macam-macam. Dengan iklan anak-anak lagi kan so masa tu jadi lebih panjang sikit ;) 

Bila dah selesai cari kod barang etc.. barulah terasa perut kelaparan. Babah kata nak solat dulu tapi anak-anak kata lapar. Maka sambil jalan nak ke surau tu kami singgah kat restoran IKEA untuk makan. Masa tengah syok tengok menu, ternampak pulak iklan bagitau ada promosi khas sampai 27 Februari ni. Beli makanan minima RM50 dapat diskaun RM50 untuk jumlah barang RM400 ke atas. Siapa yang tak nak oit! Umpama makan FREE lah kan hehe..




Kami order macam-macam menu. Maklumlah kelaparan katanya. Lagipun nak cukupkan RM50 tu. Karang tak cukup rugi pulak tak dapat diskaun kat perabot tu nanti ;)

Set kanak-kanak yang ada pasta tu dapat free yogurt dengan jus. Aien amik jus epal, Anieq amik yogurt strawberi.




Inilah rupanya Meat Ball IKEA kegilaan ramai tu. Sebenarnya kali pertama saya merasa. Ok je rasa dia, agaknya sebab dah sejuk kot..




Ni pasta kanak-kanak tadi.




Chicken wing ni sedap! Ummi order 2 pinggan hehe.. :)




Satu lagi Set Kanak-Kanak. Simple je untuk budak macam Anieq tu memang kenyang sangat kalau makan ni.




Garlic Bread dia boleh tahan jugak. Kami order sekali dengan Mushroom Soup kesukaan anak-anak. Semua pun anak-anak suka ;p Takde pulak gambar Mushroom Soup tu. Tengok je gambar kat atas tu ye hehe..




Awak semua kalau memang plan nak shopping kat IKEA sampai 27hb ni je ye,dengan bajet beli barang RM400 ke atas dalam satu resit tu boleh la makan sepuas-puasnya kat restoran dia ni. Jangan lupa kena beli makanan RM50 ke atas tau, barulah dapat diskaun RM50 kat barang yang kita nak beli tadi. Kalau tak cukup, sia-sia je uols! Jangan silap bajet sudah....

Oklah. Jumpa lagi next entry :)

Salam kasih sayang 



Wednesday, February 15, 2017

JOM SHARE TIPS ELAK BAYI KUNING AKA JAUNDIS

Alhamdulillah, kandungan saya dah memasuki 30 minggu harini. Saya nak mula minum susu kambing fresh seawal kandungan berusia 7 bulan setengah ni dalam usaha untuk elak demam kuning ataupun Jaundis kat baby lepas dia lahir nanti. Jaundis di kalangan bayi zaman sekarang ni normal sangat. Boleh kata semua bayi baru lahir mesti kena. Cuma saya berusaha untuk jadikan ia sesuatu yang tak normal. Selagi boleh elak, kita cuba elakkan..

Masa mengandungkan Aien tahun 2008 dulu, saya memang tak jaga pemakanan sangat. Saya belasah je makan macam-macam. Air gas, ais, burger Big Mac boleh kata setiap minggu mesti nak makan.. Tak minum susu kambing pulak. Tak makan Set Kehamilan Shaklee. Masa tu belum kenal lagi apa Shaklee ni. Aien lahir ditakdirkan kena kuning yang tinggi sampai 319 bacaan dia masa tu. Duduk NICU sampai 4 hari bawah lampu biru. Dahla 1st baby, kena kuning pulak.. memang sedih sangat.

Masa mengandungkan Anieq tahun 2011 pulak, memang saya amalkan tips minum susu kambing segar ni. Alhamdulillah, Anieq bebas jaundis dengan izin Allah. Maklumlah, orang kata baby lelaki mudah kena kuning ni. So kita usaha jaga-jaga dari dia dalam perut. Boleh baca pengalaman saya bersalinkan Anieq dan berpantang dengan Set Bersalin Shaklee yang sangat best di link ni. Pertama kali berpantang dengan vitamin memang terasa beza sangat!

Jadi baby kali ni, usaha saya tak putus untuk jaga pemakanan sejak dia dalam kandungan especially bab makan vitamin-vitamin Set Kehamilan Shaklee dan bila dah masuk 30 minggu saya minum pulak susu kambing fresh ni. Bila kita dah cuba dan berjaya, saya suka nak share dengan semua orang. Mungkin kebetulan je Anieq bebas jaundis masa tu.. tapi at least kita cuba, kan? Sebab tips ni saya dapat masa tahun 2011 tu lah. Tak salah mencuba :)




Inilah susu kambing segar pilihan saya. Saya pilih susu kambing yang betul-betul segar dari ladang. Takde proses-proses campuran gula, bahan-bahan kimia dan lain-lain. 100% susu kambing asli. Untungnya saya duduk kat Kajang, ada satu ladang kambing kat pekan ni. Dekat jugak dengan rumah, so senang nak pergi amik stok.

Susu ni memang diperah terus dari kambing dan dah dipasteur, terus dimasukkan dalam botol ni. Terus dibekukan. Penjual cakap tahan 3 bulan kalau dia kekal beku macam ni. Tapi takdela saya nak simpan sampai 3 bulan kot. Saya akan buat sebotol tu untuk 2x minum dalam seminggu.

Packaging dia masih sama macam tahun 2011 dulu. Tak ada pun label cantik-cantik cuma botol 'bogel' je hehe.. Tapi tulah, zaman harga barang semua naik ni kan, susu kambing ni pun tak terkecuali harga dia dah naik RM1 berbanding dulu. Dulu En Billy beli sebotol RM5 je. Ok la kot, dalam masa 6 tahun naik RM1 je ;)

Cara saya minum dia:


  • - Nyah bekukan dia semalaman. Letak kat tempat sejuk dalam peti ais
  • - Esok dah cair, goncang-goncangkan bagi sebati lemak-lemak susu + susu 
  • - Tuangkan dalam cawan. Bahagi dua dari sebotol tu. Saya bahagi dua sebab takut susu kambing ni panas kalau minum banyak sebotol terus. Saya buat 2x minum dalam seminggu
  • - Minum sejuk-sejuk sedap kat tekak (sebab saya tak suka bau susu fresh tu. Ada hamis sikit bau dia hehe..)


p/s: Ikutkan petua penjual susu ni, dia kata masa nak minum panaskan je susu tu. tak perlu nak didihkan. Nak bagi dia kekal berkhasiat. Ayat last tu saya yang tambah sendiri ;p


Betul. Susu kambing ni kan kaya dengan protin dan kalsium. Protin ni takyah panaskan sampai mendidih 100 darjah untuk jaga kualiti dia. Macam ESP Shaklee jugak. Kena suam-suam sejuk je. Baru terjamin kualiti dia! :)

Semoga ikhtiar saya kali ni Allah makbulkan dan jauhi baby saya dari jaundis. Mudah-mudahan anda yang praktikkan tips ni pun dapat kesan yang baik seperti yang kita hajatkan :)

Insha Allah.. Amin ~

Silakan share jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat.

Salam kasih sayang 

Friday, February 10, 2017

8 TIPS MENGELAK PASANGAN DARI CURANG

Ini adalah sambungan dari kisah yang saya kongsikan malam tadi. 

Bagaimana mengelakkan suami atau isteri curang?


Gambar kartun Ummi dan Babah, nukilan Aien Nur Sophea, 8 tahun

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku, namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami atau isteri anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1. Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2. Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3. Persamaan

Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4. Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5. Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6. Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.

Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7. Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

8. Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

Insha Allah jika dibaja dan dijaga dengan baik, rumahtangga yang bahagia pasti menjadi milik kita sampai akhir hayat...

Salam kasih sayang :)

ISTERI CURANG, SALAH SIAPA?

KENAPA ISTERI BOLEH CURANG ?




Malam jumaat ni saya terpanggil untuk kongsikan mengenai kes isteri curang. Saya tak ingat yang saya ambil artikel ni dari mana. Mohon kongsi kat blog saya ye wahai pemilik artikel ini :) 

Kes isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30 kes, tetapi kebelakangan ini kes isteri curang boleh berlaku antara lima hingga enam daripada 10 kes.Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang. Sejauh mana curangnya pasangan? Adakah ia sekadar berkawan, bercinta atau sudah bersama di tempat tidur?

Bagi suami atau lelaki, kalau sekadar berkawan atau bercinta, ia belum boleh merujuk sebagai curang. Berbeza dengan isteri atau wanita, syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami.Jika isteri bercinta dengan lelaki lain, isteri itu boleh dikategorikan sebagai curang tidak kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab.

Kalau suami gagal melaksanakan tanggungjawab menyebabkan isteri beralih kasih, isteri perlu keluar daripada perkahwinan dan bukan dengan bertindak curang kepada suami.Islam menentukan, isteri perlu hormatkan suami walau dalam apa juga keadaan. Jika tidak mampu menghormati suami, keluarlah daripada perkahwinan secara terhormat. Berdasarkan kes yang berlaku, tiga punca berlakunya isu pasangan curang, tidak kira di pihak isteri atau suami.

Cuba-Cuba

Ada individu yang sekadar mahu cuba-cuba, kerana ingin tahu sama ada dirinya masih cantik dan laris di kalangan kawan-kawan di tempat kerja. Bermula hanya cuba-cuba dan apabila sudah berjaya, maka hati akan berbunga. Kemudian hubungan kawan akan mula berpanjangan dan bertukar menjadi pasangan istimewa.

Simpati Berlebihan

Ada pula yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian hidup masing-masing atau berkenalan di tempat kerja.

Simpati bertukar kasihan hingga sanggup berkorban apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kekasih hati hingga lupa status sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan diberikan perhatian.

Balas Dendam

Ada juga kes berpunca daripada balas dendam. Ada satu kes awal tahun ini. Seorang isteri dibelasah oleh suami dengan getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas) gara-gara terbongkar rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain. Bagaimanapun apabila diselidiki si isteri berbuat demikian disebabkan sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar-tukar pasangan.

Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab-sebab lain termasuklah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumah tangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama juga perbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.

Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu kerana keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.

Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan redha dan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha untuk membetulkan kesilapan pasangan.

Semoga Allah merahmati rumahtangga kita semua dan menjauhi dari segala ujian berat hingga terjadinya kes curang ini.. amin..

Salam kasih sayang :)

Wednesday, February 8, 2017

MARAH-MARAH SAYANG...

Nama pun Ummi. Ummi biasanya garang, kan? Tak terkecuali dengan ummi Aien Anieq ni. Garang lah sangat saya dengan anak-anak ;p

Kisahnya.. lepas makan malam tadi, Anieq nak main bola dalam rumah. Bola kotor bawak masuk rumah, ummi apalagi... mestilah tak bagi main. Dia pun agaknya dah mengantuk, tiba-tiba degil pulak nak main jugak. Dia siap basuh bola tu dan lap dengan kain lap tangan. Kotor kan.. budak umur 5 tahun basuh macam mana la bersihnya.. so ummi sambung dengan bebelan manja sambil basuh pinggan.

Anieq senyap je.. tak jadi dia main sebab ummi dah bebel marah-marah. Dia letak bola tu kat atas kabinet dapur pastu terus ke depan amik kertas A4 berhelai-helai dengan pen. Dia memang suka melukis sekarang. Senyap-senyap dia lukis lepastu pergi dapur jumpa Ummi.

Terus dia hulur tangan.. sambil cakap, "Ummi.. Abangah minta maaf"

Saya tanya kenapa mintak maaf kat ummi? Abangah buat apa?

"Sebab.. Ummi marah Abangah.. Abangah tak dengar cakap ummi tadi. Abangah nak main bola tu kotor.."

Saya macam biasa, memang tak tahan kalau anak-anak mintak maaf ni. Hati cepat betul tersentuh.. lagi-lagi Anieq baru  5 tahun je umur dia.. tapi dah pandai mintak maaf. Terus saya salam dia, cium dia, peluk dia, usap ubun-ubun dia sambil cakap,

 " Jangan buat lagi tau. Ummi penat nak cakap banyak kali kalau Abangah tak nak dengar cakap ummi.. tak kesian ke kat ummi, perut ummi besar ni.." Dia mengangguk-angguk macam faham sangat je apa saya cakap..

Dah siap peluk-peluk cium minta maaf semua tu, dia pergi kat babah. Ummi nak ke depan nampak pulak hasil lukisan dia ni..




Marah betul dia kat Ummi tadi sampai lukis gambar ummi tapi lepastu pangkah-pangkah pulak. Gambar dia, kaklong dengan babah elok je dia tanda 'betul'.

Dua beradik ni style marah sama. Bila marah je, lukis gambar pastu pangkah mana yang dia tak suka. Kelakar pun ada bila tengok hehe..

Kenangan anak bijak mendengar kata ni yang saya tak akan dapat lupakan bila diorang besar nanti sampai bila-bila..

Anugerah terindah bila dapat anak yang soleh dan solehah penyejuk hati kita.. kan? :) 
Alhamdulillah..




Esok kita sambung cerita lagi.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, February 7, 2017

JADI SARANG BURUNG TAKPE, LAMA-LAMA MENETASKAN BURUNG ;)

Siapa faham bila baca tajuk tu, dia pandai! Sila tepuk tangan untuk diri sendiri :)

Ada ke korang yang rajin skodeng blog saya ni? Kalau korang pembaca setia blog Buahatikusayang ni dari dulu, mesti korang perasan harini genap 2 bulan blog saya ni tak berupdate! 

Ya ampun.... apekehalnya saya ni jadi malas betul nak update entahla hehe.. tapi kalau korang baca fb saya, hari-hari ada update ya. Kiranya saya rajin update tapi bukan di blog lah. Agaknya pembawakan kot ;p

Inilah diri saya sekarang. Dah lama tak sarat bawak baby dalam perut, sekali hambek ni ha.. :) Melaram dengan Jubah Mia selamberselak dari Feedmilk. Dapat token FREE lepas share entry kat SINI. Tak sangka merasa pakai time pregnant hehe..




Syukur Alhamdulillah, usia kandungan masuk 29 minggu esok. Tapi jangan bandingkan perut saya dengan perut ibu lain yang hamil 29 minggu sebab kebanyakannya perut lebih kecik dari saya ;p Perut saya ni ada yang kata mengandung kembar sebab besar lebih hehe.. saya ni makan Vitamin Kehamilan Shaklee, maka baby dapat zat cukup Insha Allah.. lagipun ikut baka babah diorang ni. Keturunan tinggi dan besar.

 Aien lahir 3.03kg (37 minggu 3 hari), Anieq 3.52kg (39 minggu 3 hari). Adik dia? Kita tunggu dan lihat :)




Ada yang dah cuba meneka baby apa dalam perut saya ni :) Ada yang cakap lelaki sebab perut melonjong je ke depan. Ada yang teka perempuan sebab ape? Entahla saya pun tak pasti hehe..

Korang rasa baby apa? Sape teka tepat dapat hadiah :p


*****

Anak pertama: Aien Nur Sophea (9 tahun) - perempuan




Anak kedua: Anieq Sufi (6 tahun) - lelaki




Anak ketiga: ??? jeng jeng jeng... 

Insha Allah.. scan kali pertama 21 minggu masa doktor belek-belek dia, doktor kata macam perempuan. Doktor tak pasti sebab dia kepit kaki dia. Ramai jugak yang cakap kalau main kepit-kepit ni dia pemalu so dia perempuan ;)

Scan kali kedua masa 27 minggu kat HUKM pulak, confirm nampak jelas sangat dialah seorang baby PEREMPUAN! 

Alhamdulillah, orang kata selang bunga :)))

Happy sungguh Aien kat dalam bilik scan tu. Maklumlah, doa dia nak dapat adik perempuan Allah makbulkan. Anieq pulak muncung sedepa sebab impian nak dapat adik lelaki tak tercapai.. tapi dia kata, Abangah sayang adik walaupun dia girl :) Sweet betul anak bujang ummi sorang ni...

Bukti dia sayang adik walaupun adik dia girl nanti. Ni dia!




Pagi-pagi dia keluar kutip bunga rumput kat belakang rumah yang babah belum mesin lagi (rumah kami tak ada pokok bunga atas faktor tak datangkan hasil yang boleh dimakan hehe..)

Lepas kutip sebanyak tu, dia pun masuk rumah dan bagi kat ummi..

"Ummi.. nanti adik dah besar Abangah bagi lagi"

Ummi tanya, "Oh.. ni Abangah bagi adik ke..?"

Dia jawab, "Ye.." sambil senyum dan usap-usap perut ummi..

Cair hati ummi wahai Anieq Sufi. Ni nanti dah besar, bertuahlah siapa yang jadi wife Anieq :) 


*****

Lepas ni saya kembali rajin update blog agaknya haha.. nampaknya aura rajin dah datang balik ni. Mana tak rajin, tengah-tengah malam pun dapat buat 1 entry kira ok la tu hehe.. 

Nanti jangan lupa baca entry saya seterusnya ya! 

Salam kasih sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...