Wednesday, February 8, 2017

MARAH-MARAH SAYANG...

Nama pun Ummi. Ummi biasanya garang, kan? Tak terkecuali dengan ummi Aien Anieq ni. Garang lah sangat saya dengan anak-anak ;p

Kisahnya.. lepas makan malam tadi, Anieq nak main bola dalam rumah. Bola kotor bawak masuk rumah, ummi apalagi... mestilah tak bagi main. Dia pun agaknya dah mengantuk, tiba-tiba degil pulak nak main jugak. Dia siap basuh bola tu dan lap dengan kain lap tangan. Kotor kan.. budak umur 5 tahun basuh macam mana la bersihnya.. so ummi sambung dengan bebelan manja sambil basuh pinggan.

Anieq senyap je.. tak jadi dia main sebab ummi dah bebel marah-marah. Dia letak bola tu kat atas kabinet dapur pastu terus ke depan amik kertas A4 berhelai-helai dengan pen. Dia memang suka melukis sekarang. Senyap-senyap dia lukis lepastu pergi dapur jumpa Ummi.

Terus dia hulur tangan.. sambil cakap, "Ummi.. Abangah minta maaf"

Saya tanya kenapa mintak maaf kat ummi? Abangah buat apa?

"Sebab.. Ummi marah Abangah.. Abangah tak dengar cakap ummi tadi. Abangah nak main bola tu kotor.."

Saya macam biasa, memang tak tahan kalau anak-anak mintak maaf ni. Hati cepat betul tersentuh.. lagi-lagi Anieq baru  5 tahun je umur dia.. tapi dah pandai mintak maaf. Terus saya salam dia, cium dia, peluk dia, usap ubun-ubun dia sambil cakap,

 " Jangan buat lagi tau. Ummi penat nak cakap banyak kali kalau Abangah tak nak dengar cakap ummi.. tak kesian ke kat ummi, perut ummi besar ni.." Dia mengangguk-angguk macam faham sangat je apa saya cakap..

Dah siap peluk-peluk cium minta maaf semua tu, dia pergi kat babah. Ummi nak ke depan nampak pulak hasil lukisan dia ni..




Marah betul dia kat Ummi tadi sampai lukis gambar ummi tapi lepastu pangkah-pangkah pulak. Gambar dia, kaklong dengan babah elok je dia tanda 'betul'.

Dua beradik ni style marah sama. Bila marah je, lukis gambar pastu pangkah mana yang dia tak suka. Kelakar pun ada bila tengok hehe..

Kenangan anak bijak mendengar kata ni yang saya tak akan dapat lupakan bila diorang besar nanti sampai bila-bila..

Anugerah terindah bila dapat anak yang soleh dan solehah penyejuk hati kita.. kan? :) 
Alhamdulillah..




Esok kita sambung cerita lagi.

Salam kasih sayang :)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...