Saturday, April 8, 2017

KENAPA KENA BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN CESAREAN SECTION (CZER)?

Dup-dap-dup-dap.. Sekejap je dah masuk 37 minggu lebih usia kandungan saya sekarang. Insha Allah pada minggu ke-38 (hari Selasa depan lagi 3 hari je!) saya akan bertemu dengan Buahatikusayang anak ketiga kami melalui pembedahan Cesarean Section (saya suka sebut czer je).

Bila saya share kat FB pasal saya kena bersalin czer ni, ramai yang bertanya kenapa? Ada apa-apa masalah ke? Bertalu-talu juga soalan yang saya terima. Alhamdulillah dan terima kasih ye sebab ramai yang ambil berat hal saya dan baby :) 

Kenapa saya kena czer jugak kali ni? Haa.. nampak tak perkataan 'jugak' tu. Bermaksud, sebelum-sebelum ni saya memang dah pernah kena czer. Bukan pintaku.. namun Allah lebih mengetahui segalanya. Tak berdosa pun kalau terpaksa bersalin czer, cuma kita tak berpeluang menikmati pengalaman melahirkan secara normal.. tu je ;) Chill je jangan sedih-sedih. Yang penting, semuanya selamat dari mula sampai akhir baby dilahirkan. Insha Allah..




Sebenarnya ada banyak sebab kenapa seseorang ibu tu kena bersalin secara czer ni. Antaranya uri di bawah, poor progress, tekanan darah tinggi (emergency czer) dan lain-lain lagi. Saya pula, dah 2x merasa bersalin czer. 

Jom baca pengalaman kenapa saya melahirkan anak-anak secara czer. 

Anak pertama

11 Disember 2008 ~ saya melahirkan Aien Nur Sophea melalui pembedahan czer. 




Kesnya ialah Pre-Eclampsia di mana waktu tu masa kandungan berusia 8 bulan (32 minggu) tekanan darah saya naik mendadak sampai 150 kalau tak silap. Ditambah pula dengan kandungan protin yang tinggi dalam urin  saya (air kencing) menyebabkan saya didiagnose menghidap Pre-Eclampsia masa tu. Pelik sangat dengan terma kehamilan yang saya tak pernah dengar selama ni. Namun semuanya kembali stabil lepas saya amalkan minum air kelapa muda setiap hari dan kawal tekanan darah tanpa ubat.

Air kelapa muda memang terbukti berkesan meneutralkan segala protin dan kotoran dalam darah dan urin kita. Pernah dengar tak, minum air kelapa untuk bersihkan darah? Doktor pun terkejut bila urin saya tiba-tiba bersih dan neutral dari protin.

Masuk minggu ke-37 masa tu, doktor Prof. Hatta (HUKM) mencadangkan kelahiran Aien diawalkan secara induce. Kalau tak silap saya, tekanan darah dah ok cuma masih kena pantau. Masa tu saya tak rasa apa-apa kontraksi nak bersalin pun. Doktor induce 2x tapi jalan masih tak buka. Setakat 2cm je. Memandangkan masa tu doktor nak bercuti ke luar negara dan tak nak kelahiran Aien serta saya sendiri berisiko, beliau mencadangkan Aien lahir secara pembedahan czer. Tapi itupun terpulang kepada keputusan kami suami-isteri. 

Atas nasihat doktor, kami setuju untuk melahirkan Aien awal secara czer. Alhamdulillah urusan kelahiran dipermudahkan dan semuanya dalam keadaan baik. Cuma mungkin dipaksa lahir awal, Aien kena jaundis yang tinggi. Kena duduk bawah lampu di NICU HUKM selama 4 hari. Masa ni ada rezeki juga sebab dapat duduk dalam wad dengan baby dan menyusukan dia setiap sejam. Nurse baik sebab sediakan saya kerusi yang boleh dijadikan katil untuk baring. Alhamdulillah sekarang Aien dah darjah 2 dan membesar dengan sihat dan bijak berkat menyusu sepenuhnya dengan susu ummi :)


Anak kedua

26 November 2011 ~ saya melahirkan Anieq Sufi melalui pembedahan czer juga.






Anieq lahir pada usia 39 minggu 3 hari. Dia memang lahir cukup tempoh matang dan memang turun tanda nak lahir. Dari rumah saya dah ada tanda bleeding sikit-sikit. Terus siap-siap drive balik rumah mak kat Cheras berdua je dengan Aien. Masa tu En Billy kena kerja, belum dapat cuti maka saya kena berdikari sendiri.

Tengok gambar kat atas, kenapa Anieq kena pakai alat bantuan pernafasan tu?

Kisahnya begini.

Lepas sampai rumah mak, saya tetap tak ada rasa nak bersalin. Apa kontraksi pun takde. Jadi, saya ambil keputusan untuk duduk je rumah dulu. En Billy datang rumah mak petang lepas balik kerja. Malamnya En Billy bawak saya jalan-jalan dengan harapan membantu jalan cepat terbuka.

Esoknya pagi Jumaat, saya dah rasa sakit-sakit sikit kat bawah. Kepala baby memang dah masuk laluan sebab tu dah rasa sakit-sakit. Saya mintak En Billy jangan pergi kerja mana tau kot saya nak beranak dah kan..

Bila buang air kecil lendir campur darah makin banyak. Mak cakap, bolehla pergi hospital check mana tahu jalan dah bukak banyak. Kami pergi berdua je tinggalkan Aien kat rumah mak. Masuk je kat PAC HUKM, doktor check jalan dah buka 2cm.

Saya cakap dengan doktor,

"Oh.. baru 2 cm je doktor. Saya nak balik dululah kalau macam tu. Sebab selalunya 2cm ke 10cm tu mesti lama.." 

Pandai je saya cakap. Yelah.. saya selalu baca pengalaman orang lain yang bersalin normal sebagai persediaan saya nak bersalin normal kali ni. Saya taknak duduk hospital lama-lama. Saya nak, sakit-sakit, jalan bukak terus beranak. Senang macam tu. Tapi rupanya saya berangan je hehe.. Doktor tak bagi saya balik memandangkan haritu hari Jumaat. Dia takut jalan jem walaupun rumah mak dengan HUKM tak jauh mana pun. Dalam 15 minit kalau tak jem dah sampai. Doktor takut nanti saya tak sempat nak sampai kat hospital. Terpaksalah saya akur terus masuk wad pagi tu.

Dah settlekan urusan pendaftaran wad, En Billy pergi solat Jumaat. Lama jugak saya tunggu kontraksi dan sakit yang kerap-kerap tapi hampeh aje. Takde sakit yang kerap. Sakit kejap-kejap je tu pun sesekali je.. Dah pukul 6 petang doktor pecahkan air ketuban mungkin dengan harapan bukaan besar lebih cepat. Basah lencun lah saya.. terus saya ditolak pegi Labour Room (LR). Masuk ubat poopoo sekejapan je saya rasa nak membuang tak tertahan-tahan. Kosong usus besar saya.. legaaa! ;p

Lepas air ketuban pecah memang sakitnya Allah je yang tahu. Ni kan kali pertama saya rasa sakit kontraksi. Masa Aien dulu tak sempat merasa hehe.. Maka menahan la saya atas katil nak buat apapun tak jadi. Sambil En Billy tolong tengok dan tenangkan saya sesekali. Dahla sakit, perut kena ikat dengan alat CTG scan untuk check jantung baby.. nak je saya cabut dan turun katil pegi jalan-jalan dalam LR tu untuk kurangkan sakit. Rasa macam apa je kena ikat camtu. Tak suka!!!

Gambar pinjam google. Ibu ni senyum lebar kena ikat. Dia berlakon je tu.. :p




Lama sangat waktu dirasakan masa tu.. doktor sesekali datang check. Baru 3cm. Lepastu check lagi baru 5cm. Datang lagi.. 5cm juga. Malam pun 5cm lagi. Aik, takkan tak bukak-bukak besar lagi.. saya dah separuh mati menahan sakit ni Ya Allah.. sedut gas pun tak rasa lega. Sakit sangat-sangat. Perumpamaan dia, beratus tulang dipatahkan sekaligus haa.. macam tu lah rasanya sakit nak bersalin. 


Pinjam lagi gambar google. Gambar sendiri tak sempat nak amik hehe..

Mata saya tak lepas tengok jam kat dinding LR tu. Eh.. dah pukul 10 malam. Eh.. dah 12 tengah malam. Tapi bukaan saya still 5cm tak gerak dari petang tadi. Air ketuban dah 6 jam dah pecah ni. Doktor datang bagitau, kalau lebih 6 jam bukaan masih tak capai 10cm, saya terpaksa bersalin Emergency Cesarean. 

"Bahaya jika nak tunggu lagi lebih 6 jam ye Puan. Sebab Puan ada history anak sebelum ni czer. Jadi, kami tak nak tanggung risiko apa-apa yang buruk berlaku atas Puan dan bayi.."

Lebih kurang macam tu la ayat doktor kat saya.

Scan CTG masa tu menunjukkan jantung baby masih ok tapi dah makin menurun. Saya dah penat. En Billy pun penat sama menunggu. Mungkin masa tu baby pun stress dan penat sebab tu bukaan masih sama tak bergerak-gerak. Ni saya ada terbaca pasal baby penat dan tak cukup tenaga nak push keluar. Jadi, bukaan tu masih sama. Wallahua'alam.. Allah Maha Mengetahui.

Tepat 12.30am hari Sabtu, doktor datang lagi masuk LR tengok saya. Check bukaan masih sama juga 5cm. Terus doktor arahkan untuk saya siap-siap diczer. Dengar je kena czer terus saya rasa lega sangat! Hilang sekejap sakit kontraksi tu haha.. Proses persiapan nak czer sangat pantas. Tengah-tengah malam buta tu (awal pagi la sopan sikit ayat hehe..) staf semua bertungkus lumus nak siapkan saya untuk diczer.. pakar bius, pakar bedah, nurse... semua yang terlibat. Ya Allah bertuah sangat dapat team yang baik masa tu.

Dalam keadaan menahan sakit tu saya kena sign borang bedah, tukar baju bedah, tukar katil bedah.. semualah yang berkenaan nak czer ni secara cepat. Yang paling sengsara sangat masa nak tukar katil sebab sakitnya saya rasa bila nak bangun dari katil LR ke katil bedah..

Masa nak cucuk epidural lagi sekali saya tersentak sebab tau je lah jarum dia panjang mana kan.. sakit tak sakit belakang kira. Kontraksi nak bersalin tu lagi sakit kalah semuanya. Baru kau tahu! ;)




Tak lama lepas tu, doktor test kekebasan bius tadi. Saya dah mamai-mamai dah.. penat dan ngantuk pun ye. Yelah.. kan waktu tidur tu.. kena pulak berjaga melahirkan baby. So, doktor pun mulakan operasi. Gelak-gelak borak-borak cool je diorang buat kerja. Sambil-sambil tu doktor tanya saya sakit tak, saya terasa ngilu sikit. Doktor tambah dos morphine kalau tak silap. Sekejap je lepas tu, terdengar suara baby menangis sekuat-kuatnya.. Alhamdulillah baby saya selamat dikeluarkan dari perut pukul 1.30 pagi. Tapi doktor tak terus bagi dia kat saya. 

Saya sempat tanya kat doktor, "Baby saya mana, doktor?"

Doktor cuma bagitau, "Ada tu.. kami bagi dia oksigen sikit"

Lepastu saya biarkan je doktor habiskan tugas dia jahit menjahit semua.. saya rasa masa tu terus saya tidur. Tak sedar apa dah.. Sedar-sedar je dalam pukul 4 pagi rasanya, saya dah ada dalam wad balik. Tengok En Billy pun dah selamat tidur kat kerusi sebelah saya. Subuh baru dia bangun solat semua. Bila dah sedar dari pening mamai ngantuk semua tu, barulah saya tahu Anieq kena masuk oksigen lepas je lahir pagi tadi sebab jantung dia dah lemah, lama sangat nak lahir lepas air ketuban pecah. Mujurah segalanya selamat dan dia tak apa-apa. Syukur Alhamdulillah.. Anieq lahir bebas jaundis. Dia juga membesar sihat, cergas dan cerdas dah hampir 6 tahun umur dia sekarang :)


Anak ketiga

11 April 2017 ~ Insha Allah saya bakal melahirkan anak ketiga kami juga melalui pembedahan czer 3 hari lagi. Macam-macam perasaan ada sekarang :)


Gambar scan 4D.. comelnya dia! Puji anak sendiri je hehe..

Semua orang sedia maklum, kelahiran ketiga ni jika anak pertama dan kedua dah kena czer, maka doktor memang akan sarankan kita untuk czer juga bagi mengelakkan sebarang risiko ke atas diri ibu dan bayi. Faktor usia saya yang dah lebih 35 tahun (saya bakal 37 tahun bulan September nanti), juga memainkan peranan besar untuk kelahiran ketiga ni diczer. 

Memang ada ibu yang bernasib baik (usia masih muda mungkin), yang direzekikan untuk kelahiran normal walaupun dua anak sebelumnya czer. Apapun, kita ikut nasihat pakar lah ye. Lebih terjamin Insha Allah dan selain dari itu kita berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa. En Billy siap cakap lagi, mana la tahu tiba-tiba baby nak lahir normal pulak. Siapa kita nak nafikan kuasa Allah kalau Allah nak beri peluang tu kan ;)

Doakan semoga saya diberi kesihatan yang terbaik agar dapat menempuhi tempoh bersalin dan berpantang yang lebih teliti lepas czer nanti. Insha Allah, pengalaman berpantang czer dua anak sebelum ni akan saya jadikan panduan selama berpantang anak ketiga kami nanti. 

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan dari mula sampai akhir. Tiada dayaku melainkan dengan kuasaMu Ya Allah.. AMIN YA RABBAL ALAMIN ~

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...